Arini aku nak share info tentang cara @ kaedah untuk sesi pumping...

Sebelum ni aku selalu wat single @ double pumping je... tapi baru2 ni akunya susu macam makin kurang... bile aku tanye kat sahabat ni.. alin aka momma mia dia cadangkn kat aku try buat tendem pumping...

So dah 1week aku try tendem pumping ni.. alin cadangkan kat aku wat tendem pumping xlist 1x waktu pagi sebelum g kerja n 1x waktu malam, tapi aku waktu pagi tu susah sikit nak wat tendem pumping...

Disebabkan aku bercuti 4 hari weeked(sabtu&ahad - mmg cuti) + isnin (CR) + selasa (cuti maulidurrasul) so aku ade banyak masa nak wat tendem pumping... Jadinya masa cuti tu waktu siang asal aku menyusu fathi je aku akan tendem pumping.. n malam aku akan buat sekali sebelum masuk tido...

Alhamdulillah...nampaknya ade penambahan pada hasil perahan... stok aku yang tinggal cikit tu nampaknya dah bertambah...


Info Pumping Session ni aku ambil dari http://www.harlindahalim.com/pumping-terminologies/

(1) Single-pumping 
Senang je! It merely means that you’re only pumping for each breast per session. Hanya sebelah payudara di pam pada satu-satu masa kalau kite opt for single pumping atau kite menggunakan breastpump yg hanya boleh mengepam sebelah payudara sahaja utk setiap sesi. Ini bermakna, kite kena mengambil masa selama 10-minit ke 20-minit utk setiap payudara. Contohnye, pam selama 20-minit sebelah kanan dan sambung lagi 20-minit utk sebelah kiri. Selalunye digunekan oleh ibu-ibu yg mengepam occassionally.

(2) Double-pumping/ Dual-pumping
Bermaksud kite mengepam kedua-dua belah payudara secara serentak. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan pam berganda atau pam yg mempunyai ciri-ciri utk mengepam kedua-dua belah payudara secara serentak seperti pam Spectra 3, Spectra 7, Medela Freestyle, Ameda Lactaline dsb. 
Please take note  bahawa double-pumping akan menjimatkan masa mengepam anda kerana kite mengepam kedua2 payudara serentak untuk satu sesi. Dan yg paling best, bile kite buat double-pumping, kite boleh maintain milk supply dalam tempoh masa yg lebih lama/panjang kerana tindakan mengepam secara berganda pada masa yg sama akan merangsang badan kite utk hasilkan lebih banyak susu sbb susu di keluarkan secara efektif. 
Jadi pd ibu-ibu yg plan nak susukan baby sehingga 2-tahun dinasihatkan utk menggunakan pam berganda kay! Bleh baca kat sini for more info on double-pumping nie eh…

(3) Tandem-pumping
Tandem atau maksudnye “bersama-sama” simply means kite mengepam bersama-sama dengan bayi yg sedang menyusu (hehehe..macam pening je ayat nie). Simple explanation is like this, bayi akan menyusu di sebelah payudara dan pada masa yg sama kite pam lagi sebelah. Bleh refer sini untuk ilustrasi sebenar ye…
Ianya dilakukan secara serentak ye. Kaedah ni sgt membantu utk increase milk production sbb bayi kite merupakan perangsang terbaik! He/she is the best pump machine in the world. Takde breastpump yg boleh challenge our baby punye stimulation technique okay!

(4) Power-pumping / Hyperstimulation
Berdasarkan pembacaan saya, power-pumping / hyperstimulation ialah teknik yg digunakan utk mommies yg menghadapi masalah low milk supply. Caranye, kite pam selama 10 minit to 20 minit utk setiap payudara dan rehat selama 10 minit. Kemudian sambung lagi 10 minit to 20 minit dan stop 10 minit. Maksudnye cenggini la patternnye  –> pump and stop 20-10-20-10 round the clock.
Samada perlu mengepam selama 10 minit atau 20 minit, bergantung pd individu masing2. Sesetengah org hanya memerlukan 10 minit untuk mengosongkan payudara, dan ade yg memerlukan 20 minit macam saya. Basically kena rest 10 minutes then continue pumping. Berlangsung dalam tempoh 1 jam. Lakukan selama 3 hari (atau lebih) berturut2 pada jam dan waktu yg sama.

(5) Cluster-pumping
Basically, cluster pumping means dalam tempoh sehari, kite mengepam banyak-banyak kali tapi dalam tempoh masa yg sekejap je. Contohnye kite mengepam setiap setengah jam atau setiap 1 jam sekali, TETAPI dlm tempoh yg singkat seperti 5 minit ke 10 minit sekali pam. Boleh buat selama beberapa hari. Misal kate kite buat la dlm 3-4 hari…bergantung..kalau rajin wat la sampai seminggu! =)

3 comments:

  1. Alhamdulillah...
    usaha + doa + tawakal, pasti beroleh kejayaan. InsyaALLAH.

    Caiyok2...

    ReplyDelete
  2. info yang berguna ni.. boleh tambah ilmu.. InsyaAllah berjaya..

    ReplyDelete
  3. salam kenal. byk info bf dpt kat sini. t kasih. tambah semangat bila dpt peluang kenal ibu2 bf yg bersemangat waja ni!

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi singgah disini...