Macam2 andaian kengkawan tentang ending cerita akasia 
TENTANG DHIA..... 
petang tadi dapat tengok last episod dengan tenang 
tanpa suara anak2 yang selalunya sibuk nak tengok cerita lain... 
ape lagi...cerita kartun le...

SssssEeeeDdddddIiiiiiiiiiHhhhhhhhhhhhh
 dengan ending dia... 
tak sangka Zikir akan temankn Dhia 
pergi untuk selama2nya.... 
tak sangka airmata aku mengalir.... 
sedih.....


p/s: cerita ini lebih terkesan dari OMBAK RINDU..... walaupun sad ending...
Hari ni keputusan PMR diumumkan diseluruh negeri...

Dalam keluarga besar kami... anak mak aku ade 8orang 7 dah kawin tinggal kakak aku sorang je yang belum kawin lagi....ade sape2 nak buat dia jadi adik or kakak ipar x? heee
Dari 7 yang dah berkahwin tu maka mak aku dapat la 24 orang cucu... ramai tak? 
kalau semua balik...peh....penuh rumah...tapi seronok maaa.... cume kene tahan telinga je la bile budak dah ramai2kn...

Tahun ni ade 4orang yang ambik exam besar.....

UPSR - dah umum beberapa bulan lalu...
Syuhada - 3A 2B ( SAINS & MATHS B)
Mashitah - 4A 1B ( BI - B )

PMR - baru je umum pagi tadi....
Sumaiyyah - 8A 1B (BAHASA ARAB - B)

SPM - baru abis exam minggu lepas...
Mustakim - tengah berfoya-foya....


Ni la gambar budak yang tengah tak sabar2 nak dapat hadiah dari sanak saudara... dah merangcang duit yang dapat nanti nak buat ape....
Sungguh mewah anak2 sekarang... dapat result yang baik.. dapat handfon baru...
zaman aku dulu takdepn... korang ade dapat tak?

Dia tanye kat aku malam tadi...
Sumaiyah: maksu dapat result nanti nak bagi ape?
Aku: 1A - RM 1 ringgit.... hhaaaa....ok tak ke kejam.... janji ikhlas.... heeee...

JARINGAN GOL: MALAYSIA (1-1) INDONESIA
PENALTI: MALAYSIA (4-3) INDONESIA

Alhamdulillah...Tahniah kepada Skuad Bola Sepak Harimau Muda, Malaysia kerana berjaya menerkam emas daripada disambar oleh Garuda, Indonesia dengan kemenangan sepakan penalti 4-3. Ratusan ribu penyokong membanjiri Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

Sebelum kemenangan penalti, Malaysia terikat seri satu sama dengan pasukan lawan apabila gol Malaysia dijaringkan oleh Asrarudin Putra Omar pada minit ke-35, manakala gol dari pasukan Indonesia dijaringkan oleh Gunawan pada minit ke-5. Walaupun gol Asra nampak macam tidak bersedia... kelakarpn ade...tapi gol itu le penyelamat yang membawa malaysia ke masa penalti....

Kekalahan Indonesia pada edisi ini begitu parah tambahan pula beraksi di tempat sendiri dengan harapan dapat lagi membawa pingat emas yang disandarkan oleh 270 Juta rakyat Indonesia. Kehampaan, ketidakpuas hatian dan ada yang menangis pada penyokong Garuda dapat disaksikan di kaca tv semalam dan berikutan itu, penyokong lautan merah dengan sekelip mata meninggalkan Stadium Gelora Bung Karno.


Sebelum ini Indonesia dikecam habis-habisan dalam perlawanan antara Malaysia dan Indonesia pada Khamis lepas (17/11/2011), apabila penyokong Indonesia yang berada di stadium tersebut tidak menghormati lagu "Negaraku" yang sedang berkumandang sebelum sepak mula. Malah apa yang aku sendiri saksikan di tv pada final semalam pun sebelum sepak mula, penyokong Garuda ini mengulangi perkara yang sama, lagu "Negaraku" yang berkumandang sebelum sepak mula diharu birukan dengan bunyi bising dan tiupan wesel.


Namun semua itu tidak akan mematahkan semangat Harimau Muda, kerana bahaman demi bahaman berlaku di atas padang walaupun cakaran demi cakaran yang dilakukan oleh burung Garuda pada masa tambahan begitu ketara. Sehingga Malaysia dan Indonesia terikat dengan seri satu sama dan melayakkan perlawanan kepada sepakan penalti. For the last, yeahhh Malaysia juaranya!


MALAYSIA TERHEBAT!
p/s: aku geram tul ngan fakri... layu le sepakan ko...
tahniah kapten badrul...

berita dipetik dari blog ini..

pic from en. google
Beri Bayi anda makan menggunakan BOTOL SuSu... PERNAHKAH ANDA?

Ooooohhh... saya pernah melakukannya... buat anak pertama saya (Syafi) dan kedua saya (Sofea).... Masa tu saya tidak menyusukan mereka secara exclusive... baru sebulan dua dan minum susu cap lembu....kesian anak2 saya...

Kebanyakkan ibu yang tidak BF anak mereka secara exclusive sehingga enam bulan pertama... akan terdedah untuk memberi bayi mereka makan dengan menggunakan botol susu.

Contohnya saya sendiri la... apabila anak saya masuk empat bulan emak saya dah sibuk2 suruh campurkan nestum dalam susu yang diberikan kepada anak saya sekurang2nya sehari sekali... atas alasan bayi tu tidak kenyang... sebab tu la dia asyik menangis nak susu je.... Anda pernah alami..?

Kalau ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan bayi tiap2 bulanpn... walaupun mereka mengatakan pemakanan bayi adalah selepas enam bulan, tetapi kalau mase empat bulan tu kite bagitau kite dah campurkan nestum dalam susu bayi untuk bagi bayi makan... Ade dia marah? Paling tidak nasihatnya nak kasi boleh tapi jangan kerap... n campurkan sedikit je.... Aduhai nurse...Ooo nurse...

Alhamdulillah... untuk anak ketiga ni (fathi)... saya tak pernah bagi dia makanan cerial/nestum etc... sejak hari pertama dia kenal makanan... macam dalam entry ini..>>>

Kat sini saya nak kongsi info yang saya baca berkaitan dengan tajuk kat atas tu yang saya petik dari majalah wanita februari 2010.
  
Kajian mendapati amalan popular iaitu memberi bayi makanan pepejal atau jus buah-buahan pada usia terlalu muda (enam minggu hingga tiga bulan) adalah membahayakan bayi.
Makanan pepejal sepatutnya diberikan ketika bayi berusia enam bulan. Pemberian makanan pepejal yang terlalu awal akan membahayakan sistem penghadaman bayi yang belum matang dan boleh menyebabkan alahan.
            Sesetengah ibu bapa selesa memberikan anak mereka makan dengn menggunakan botol susu. Walaupun makanan pertama bayi adalah sangat cair, anda tidak boleh menggunakan botol susu yang dibesarkan lubang putingnya untuk memberinya makan. KENAPA?
            Ia boleh menyebabkan bayi tercekik kerana bayi tidak dapat mengawal makanan tersebut masuk ke dalam mulutnya. Ia juga melambatkan proses bayi belajar menggigit, mengunyah, menelan, menunggu untuk suapan seterusnya dan berhenti apabila kenyang. Ini adalah asas untuk tabiat makanan yang baik. Melambatkan untuk bayi belajar kemahiran yang berkaitan dengan otot-otot lidah seperti kemahiran bertututr.
Jika bayi anda tidak bersedia untuk makan dengan menggunakan sudu, maka dia belum juga bersedia untuk makan makanan pelengkap. Ingat, botol susu hanya untuk susu atau air kosong sahaja, bukan untuk makanan dan bukan juga untuk jus. 

Pss... kengkawang kalau nak cari menu solid food untuk baby....cube la terjah blog ni... Menu yang mudah & cepat...

Salam Jumaat buat semua...
Hari ni saya nak kongsi sikit kelebihan / fadhilat membaca al-fatihah....

Antara fadhilat membaca Al-Fatihah:
1. Menggamit ingatan seseorang (suami, isteri, anak-anak dan keluarga) terhadap kasih sayang dan tanggungjawabnya kepada diri anda dan keluarga.
[Baca 14kali sebelum tidor]
2. Mengubati penyakit-penyakit dalaman.
[Baca 41kali dan tiupkan ke dalam air minuman. Minum dan gunakan untuk mandian.]
3. Untuk penyakit-penyakit yang berkaitan dengan mentaliti.
[Baca 7kali apabila kepala seseorang rubbing pada waktu pagi sekali dan waktu malam sekali setiap hari tanpa henti.]
4. Apabila terasa sangat sakit.
[Baca 3kali dan tiupkan ke dalam air dan minum. Kemudian baca al Fatihah ketika rubbing di bahagian yang terasa sakit.]
5. Untuk bayi yang sering menangis pada waktu malam.
[Baca 7kali di bahagian kepala bayi]

Kesemua di atas, InsyaAllah akan berkesan jika apa yang kita lakukan adalah mengharapkan keberkesanan daripada-NYA dan mempercayai bahawa surah Al Fatihah adalah penawar bagi segala-galanya. Baca dengan khusyuk dan bertawakal kepada ALLAH… Yang penting adalah niat kita; yakin dengan ketentuan Ilahi dan apa yang kita lakukan.
Salam sayang buat semua...
Selamat berpumping ibu2 menyusu.....
Buat kawan2 yang baru nak memperjuangkan breastfeeding... chaiyok!! chaiyok!!...

Dalam n3 sebelum ni.... kat sini... saya ade ceritakan kebaikan dan perubahan yang saya perolehi sepanjang saya mengamalkan suplement shaklee SET B.

Apa ada dalam SET B ni?
SET B terdiri daripada 3 vitamin asas iaitu multivitamin yang dikenali sebagai Vita-Lea (juga merupakan killer product SHAKLEE ye..), B Complex dan Vita-C. kemudian, kami beri 60 biji Alfalfa PERCUMA, yang mana Alfalfa ini mempunyai 1001 macam kegunaan untuk tubuh kita.

Siapa yang sesuai ambil SET B ni ye?
  1. Mereka yang menyusukan anaknya
  2. Para isteri dan suami
  3. Wanita yang bakal menjadi isteri
  4. Mereka yang bermasalah dalam keletihan, moody, senang marah, cemburu, keputihan, kencing kurang lawas
  5. Mereka yang mempunyai masalah kritikal boleh mendapatkan trial pack untuk merasakan perbezaan kesihatan namun perlu dibimbing dan atas nasihat pakar kesihatan seperti doktor.
  6. Mereka yang mempunyai masalah jerawat, wajah kusam, rambut mudah gugur, kuku yang bertanda warna putih, kaki yang keras (kulit kaki pecah2).
basically, tidak terhad kepada mereka yang menyusukan anak ye.. lelaki boleh makan alfalfa? of course boleh. cuma bagi kaum wanita, ada manfaat extra apabila kita makan alfalfa ;-)

"boleh terangkan tak each and every function vitamins kat dalam SET B ni?"
credit to Kak N (^_^)
Thanks for alin pinjamkan gambar..
 a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.
Iron penting ye untuk otak kita. Saya akan explain dalam entry yang lain.
b) B Complex

Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.

Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C

Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa

Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas) dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd baby..susah nak kena kembung.

Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.
(PERINGATAN: ALFALFA TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE @ LUPUS)
tulah penerangan tentang suplemen-suplemen dalam SET B. then, kepada yang ada budget extra, boleh tambahkan suplemen-suplemen lain dari semasa ke semasa, mengikut keperluan. macam bf mommies, bolehlah nak add-on ostematrix, ESP, PD, omega guard dan sebagainya. 
 
artikel ni dipetik dari blog alin

terbayang2 Vivik ku yang diRamPas...
Petang semalam aku ke KLIA menjemput suamiku pulang dari Bangkok. Sudah sepuluh hari dia ke sana atas urusan kerja bersama UNESCO (underwater). Antara perbualan pendek antara kami di dalam kereta...

Isteri : Macammana kursus abang?
Suami : Ok..tapi penat sikit.. tiap2 hari kena turun (skuba).. malam pulak kena present report...
Isteri : Abang makan tak Vitamin (VIVIK)?
Suami : Makan..
v
v
v
v
Suami : Sayang abang nak bagi tau sesuatu ni... tapi jagan marah tau...
Isteri : Bagi tau ape?
Suami : Vitamin (VIVIK) yang sayang kasi tu kene RAMPAS... kat lapangan terbang bangkok tadi...
Isteri : "Dalam hati... aduh...." control... Aik... masa pegi ariu tak kene pulak... nape balik ni kene....
Suami : Abang lupe masukkan vitamin tu kat dalam beg besar... abang masuk kat beg sandang... masa cheak sebelum masuk tu dia rampas semua cecair yang penumpang bawak....
Isteri : Abang tak explain ke kat dia yang tu vitamin....
Suami : Em.... dia tak benarkan bawak semua jenis cecair.....

Perasaan aku mase tu... sedih maaa....
Belum sempat nak kongsi kebaikan VIVIK.... dah di RamPaS pulak.... bukan rezeki kami le tu...


Kronologi.... nape beli VIVIK;
Tengok orang beri testimoni berkaitan VIVIK.. hati ni teruja pulak nak membeli... bukan untuk kegunaan sendiri... coz aku masih menyusukan Fathi... Ibu menyusu tak boleh ambil Vivik ye...

Aku beli mase tu sebenarnya untuk emak aku.... dia ade kencing manis + darah tinggi + kolestrol...
Dan semasa aku beli tu mak aku tengah tak sihat coz sakit tekak (mcm tonsil tapi bukan....) yg ni aku cerita lain kali ek... Menurut doctor disebabkan muscle dah tua so bengkak tekak dia lambat elok.... 
Masa mula2 kene (1&2 week) mak aku memang susah nak makan... nak telan air liur pn susah... so bile tak makan n minum... badan jadi lemah2... sebab tu la aku ambil keputusan nak try VIVIK..... yang ku oder dari alin... TQ dear..

Camne ViViK tu leh ade ngan suamiku....
Gini citernye.....
4-5 day after aku dapat bungkusan ViViK & BasiCH (yang ni kite bagi testimoni lain ek..) baru aku cuba kasi mak aku minum.... coz masetu dia dh boleh menelan...
But.........
One day before ambil ViVik...kaki mak aku membengkak.... jadi dia takut nak continue minum...
Akupn tak leh nak buat conclusion mase tu betul kaki mak aku bengkak disebabkan minum ViVik... coz bile tanye and kaji2 dua-tiga hari sebelum mak aku minum kaki dia memang dah sakit2 dan susah nak gerak... cume takde la membengkak... after minum baru bengkakny naik...(myb kebetulan)....

Disebabkan aku taknak ambik risiko... aku stopkan penggunaan ViVik for my mother.... Perkara ni pun aku tak sempat nak tanye kat pengedar2 sheklee... ade kaitan or not...

So sementara nak tunggu kaki mak aku surut and nak minta dia try minum semula... ViVik tu aku kasi le suamiku minum... syukur 2week dia minum... dia kate lenguh2 badan, rase ngilu2 kat tangan dia dah makin kurang... sebab tu la mase g Bangkok tu aku suruh dia bawak ViVik.... last2 kene RamPas pulak... tak dapat aku nak test kat mak aku... Emm... nampakny kene beli lain balik le ni...
Semua orang suka kalau dapat menghirup udara segar...
Tak terkecuali dengan saya.... tapi bila kita berada dalam bilik yang terkuap.. dalam kereta... keadaan uadaranya adalah kurang menyenangkan...
Tapi dengan AirSouce Mibile keluaran Shaklee... masalah ini dapat diatasi...

Bestnya kalau saya antara orang yang bertuah dapat produk ini...

Mahukan AirSource Mobile sila ke ENTRY ini...


AirSource Mobile™ adalah cara bagi membersihkan persekitaran ruang dalaman kita. Ke mana juga kita pergi, pembersih udara bergerak tanpa turas mampu mengurangkan mikrobial serta bau-bauan dan gas-gas toksik. AirSource Mobile™ boleh melitupi segenap ruang yang anda pergi serta merawat dan menyegarkan udara di ruang sebesar 300 kaki persegi (28 meter persegi).

AirSource Mobile™ menggunakan teknologi berpaten Photohydroionization™ untuk mengurangkan pencemaran udara ruang dalam secara efektif. Satu kombinasi lampu ultraungu (UV) dan mangkin. Trimetalik yang efektif dapat menghasilkan satu proses pengoksidaan lanjutan yang mampu mengurangkan mikrobial serta bau-bauan dan gas-gas.


P/s: Harap2 ade la rezeki kami...
Salam sayang buat kengkawan di hari Jumaat...

Sunyi sepi blog ni.... so arini sebab tak tau  nak kongsi ape.. so saya sharekan 10 tip how to improve memory.... biasalakan usia dh meningkat ni memory less..
 
1. Use Repetition - Repeating to yourself the thing you want to remember may be simple, but it really does work. Repeat a phone number several times, for example, and you should remember it for a short while. This works even better if you "sing" it in your mind to engage other parts of the brain. To remember things long-term, repeat or review them several times upon learning them, then the next day, the day after that, the next week and the week after that.

2. Write It Down - Let the paper remember for you. The point is to have use of the information later, and if that's more easily done by way of an "external memory device" like pen and paper, why not take advantage of these tools? Also, writing things down is another way to more strongly "fix" something in our mind
3. Clear Your Mind - Sometimes to recall something you just need to relax and empty your mind of all the other stuff going on in there. Take three deep and slow breaths through your nose and relax your muscles. Pay attention to the air moving in and out of your nostrils. Afterward return to whatever it is you need to recall or work on.

4. Feed Your Brain - This means feeding your body of course. Your brain needs a lot of energy, and will generally function better if you eat some good proteins and complex carbohydrates. Trail mix, with nuts and dried fruit works well for some. Fish has been shown to immediately speed up brain function, as well as improve memory and other brain functions long-term improvement if eaten regularly. Also, the distraction caused by hunger can interfere with your concentration and ability to recall things.

5. Drink Enough Fluids - Dehydration is not always recognized, and can both distract you in ways that get in the way of clear thinking and memory, as well as more directly impacting the functioning of the brain. You can experiment to see if this is happening in your case. Just drink a glass of water and note whether your mind seems to work better.

6. Exercise - Physical exercise has been shown to improve brain function both immediately (after ten minutes on a treadmill, for example), and long term. The short-term effect is because of the immediate increase in blood flow and therefore oxygen to the brain. The long-term improvement in memory and other brain functions that come from regular exercise may also be due to the physical improvement of the brain and body that comes from this repeated increase in blood flow and oxygen.

7. Learn A Mnemonic Technique - There are many good memory techniques for remembering names, numbers, lists of things and more. A simple list of items can be "fixed" in your memory, for example, by linking them together in a crazy story that you visualize. You can find some of these techniques (as well as other memory tips) covered here on the website and in the Brainpower Newsletter.

8. Imagine The Use - If you think about how you will use information, you're more likely to remember it. For example if after learning a new algorithm in a math class you imagine using it during a test, you'll probably remember it better - particularly when taking a test. Imagine meeting someone again in the future and using his name, and you'll likely recall it when that does happen.

9. Avoid Toxins - Smoking is the obvious one here. Although it may actually help a person concentrate in the short-term, the damage smoking does may later hurt brain function in general, including memory. Many prescription drugs and of course illegal drugs can also have a negative effect.

10. Reduce Stress - When you're stressed, your body releases cortisol, which at high levels interferes with the part of the brain that handles recent memories. Chronic stress has even been shown to cause brain shrinkage. Meditate or do other self-work to learn how not to be stressed out. This may be the most important of these tips on how to improve memory, good not only for the brain but for your whole body and life experience.
Puting Luka menyusukan anak.... Aduh.. sakit eh...
Kadang2 rase ngeri je bila nak menyusukan fathi bile puting tengah luka.... nak2 pulak selepas dia dah tumbuh gigi.... geee...geeee Sakit... tapi ku tahankan jua...

Tadi baru terbaca artikel pasal mengatasi masalah puting yang senang luka kat blog Kak N;

Setiap ibu yang menyusu akan menyimpan banyak kenangan pahit dan manis sepanjang menjayakan penyusuan. Begitu juga dengan saya, menyusukan dua putera saya dengan lengkap selama lebih 2 tahun menyimpan banyak kenangan pahit manis yang tak mungkin saya lupakan.

Paling menakutkan apabila puting saya luka dan terkoyak sehingga doktor wanita yang saya temui ingat yang saya sengaja melukakannya. Memang nampak bodoh pertanyaan doktor tersebut namun dalam keadaan kita sakit, malas nak layan benda-benda remeh.

Selepas balik dari doktor, saya mengajak suami mencari nipple shield untuk saya gunakan menyusukan anak petang tu. Doktor ada bagi saya krim sapu, tetapi bila sapu krim tak dapat nak susukan anak, maka payudara sebelah menjadi bengkak sebab penuh dengan susu. So nak tak nak, letak krim dalam sejam, cuci semula utk susukan Nasa. Menitik airmata menahan sakit.

Tapi sebab saya rajin membaca tentang buku-buku kesihatan , antara yang saya ingat, segalanya adalah dari dalam tubuh. Dari sel membentuk organ, dari organ terhasilnya sistem. Untuk sembuh, kena pastikan sel kita sihat dan seterusnya sistem bertindak balas dengan baik untuk proses penyembuhan.

Antara vitamin yang saya amalkan on top of supplement penyusuan ialah Vitamin E dan Zinc. Saya amalkan dengan cara saya tersendiri , saya jadikan makanan ( vitamin) sebagai ubat saya dan bukan ubat doktor sebagai makanan. Dua perkara yang berbeza di situ.

Semenjak dari itu, baru saya tahu, nipple yang senang crack adalah disebabkan oleh kulit yang kering. Luka yang cepat baik adalah badan yang cukup dengan galian zinc dan vitamin C serta vitamin lain. Maka supplement Zinc dan Vitamin E antara dua vitamin yang sangat bagus ada dalam simpanan. Jika anda tidak amalkan setiap hari memadai bila kita perlukan vitamin dah sedia ada.

Ramai customer saya yang dah amalkan vitamin E mengakui bahawa kulit mereka lembab dan tidak kering.

Sekiranya anda seorang ibu menyusu dan sering mengalami luka pada puting susu bermakna anda melalui kulit yang kering dan kerana itu puting senang luka. So amalkan pengambilan vitamin E. Vitamin E dalam diet harian sangat sukar dipenuhi kerana ianya kompleks. Vitamin E antara vitamin antioksidan. Ia menghalang pembentukan sel tidak normal dalam tubuh. Vitamin E juga dikenali sebagai vitamin awet muda, membantu mengatasi masalah kedinginan rumahtangga dan bagus untuk mengurangkan kolestrol.

Banyak kelebihan vitamin E tanpa kita sedari. Semalam jumpa kawan lama di Marriot hotel, skin dia nampak sangat cantik. Bila ditanya apa yang beliau amalkan , beliau menjawab...." saya makan vitamin C, A dan E Shaklee kak sejak sebelum puasa, dan baru minggu lepas saya sedar kulit wajah saya sangat bersih"

So vitamin E bukan hanya untuk wajah tapi untuk kulit tidak kering dan bagus untuk ibu yang menyusu!

Nampak gayanya camni kene ambil balik vitE... masa fathi baru 5 bulan penah ambil SetB + VitE... pas dah abis tak penah lagi continue VitE... sebab tu kot bahagian niple tu makin kering je... 

Ya allah permudahkan penyusuan anak ku.... Amin
Masa aku belum kawin dulu, aku selalu tolong kakak aku jaga anak2 diorang. Kebetulan anak k.ngah aku memang mak aku jaga dari kecik lagi... jadi diorang memang sentiasa ade kat umah... Rib'ie, Nuha, Sumayyah... kecuali Syuhada nenek belah ayah dia yang jaga...

Bantal bucuk ni memang sinomin dengan kanak2, cuma ade juga yang mengantikan bantal bucuk ni dengan teddy bear, kain napkin dll....

Dalam ketiga2 anak buah aku yang mak aku jaga tu ade sorang ni feberet dia isap baju... depan baju tido dia tu ade gambar strawberry yang besar... mula2 kiteorang tak perasan tabiat dia ni... dah lame2 baru terperasan.. korang nak tau... gambar strawberry kat baju dia tu.. sampai nak berkulat di isapny.... Kalau kiteorang ambik dia marah menangis... bagi kain lain dia tak nak... Last2 abang ajoi aku ambik baju tu dan bakar depan dia... dia tengok la baju tu terbakar... pastu abang aku cakap kat dia baju dah takde... Yang aku heran ok pulak dia... takde marah bile tgk baju dia kene bakar... 

Nak dijadikan cerita... anak aku yang no2 tu pn ade tabiat yang same... punca dia berkepit dengan kain ni ialah sebab aku taknak bagi dia isap punting macam abang dia.. so biarkan dia isap jari...tapi mase tido aku letak letak la kain napkin sekali... mula2 ingat dia isap jari je.. upe2nye sambil isap jari dia akan hidu bau kain yang dia pegang tu...

Yang kelakar.. ade sekali tu dalam kereta... ingatkan dia buat ape.. upe2nye sebelum dia bau kain tu dia akan pusing2 cari bahagian yang dia bau best.. pastu dia isap kain tu cikit.. then baru dia isap jari kain tu dia bau... betuahnye anak... macam2..



Mak
Raut wajah mu menggambarkan seribu makna
Tangan mu banyak berbakti dalam membesarkan kami sekeluarga
Kasih sayang mu tiada tolak bandingnya

Mak 
Maaf sekiranya ada ketelanjuran kata dalam berbicara
Maaf sekiranya ada gerak laku yang menghiris jiwa
Sesungguhnya anakmu ini banyak kekurangannya
Namun engkau tetap No1 dijiwa

Selamat Hari Lahir Mak...
Love U


5 tahun kite bersama
suka duka diharungi bersama
syafi, sofea & fathi penyeri keluarga
semoga hidup kite kekal bahgia
hingga ke hujung usia…

Terima Kasih Abang

kerna menjadi separuh dari semangat hidup ini
walaupn ada tikanya guruh.. petir... sering terjadi
harap ikatan antara kita akan kekal abadi…

Terima Kasih ALLAH
kerana mempertemukan kami
limpahkan kebahagian & keberkatan kuat keluarga kecil kami..
amin.
Selamat Hari Lahir buat Samsinor Bt. Kamarudin
Hehee ucapan selamat hari lahir buat diri sendiri...

Terima Kasih buat suami tercinta atas ucapan selamat yang pertama... Tak sabar tunggu abang pulang... ade ole2 dari sane tak???

Terima Kasih kat kengkawan yang ingat tarikh lahir saya... doa saya semoga kalian juga diberkati Allah, diberi kesihatan yang baik agar dapat beribadah kepadaNya... semoga kita diberi peluang untuk meraikan ualangtahun kelahiran yang akan datang...

p/s: hari ini saya berpuasa ganti + puasa sunat bulan sya'aban
Dah lama tak mengupdate blog...

Sungguh sibuk bermenjak2 ni....
Sibuk menjahit.... lepas berkursus jahit baju... aura menjahit tu menjadi2...
Sibuk kehulu kehilir.... servey nak renovate rumah baru... idea macam2 tp budget perlu diutamakan...

Banyak benda nak di ceritakan...
birthday syafi....
aktiviti menjahit di opis... kat opis pn leh jahit ke...
aktiviti berkursus.....
cabaran penyususan fathi yang nak masuk 1 year... doa2kn..
Eiii... macam2 la...

Ade masa nanti akan ku publish entry2 tu...
Biarpn lambat akan ku buat... untuk kenag2an...


Hari Jumaat hari tu aku + my officemate (adib) g terjah pemeran pengubahsuaian rumah (RENOVATION EXPO) yang diadakan di Mid Valley Exhibition Center dari 27-29 May 2011 hujung minggu lepas. Ini semua rancangan aku yang tengah kebosanan giler.... ingat nak pegi dengan en.suami tapi dia ade keje...

Kat Expo ni macam2 ade... bahagian dapur, bilik tidur, bilik air, ruang tamu, ruang hiburan... hiasan dalaman.. hiasan taman.. alat keselamatan rumah... macam2 la...

Tapi sebelum g aku dah ade benda yang memang aku nak servey...
1. Kitchen cabinet
2. Decoration utk ruang tamu

Disebabkan aku taknak bazir masa aku... so aku tuju ke tempat yang sepatutnya je... tapi ade juga terpaut kat tempat2 yang menarik perhatian... sekadar nk cuci2 mata.. bleh jadikan ilham tuk masuk rumah baru t...

Dalam banyak2 booth kitchen cabinet aku dah tergoda dengan promosi yang Raymie kitchen ni buat...

Dia ade buat 3 package promosi... dan aku telah terpikat ngan promosi Package 1.. budget maa...

Package 1 (promosi RM 10 888.00 - normal RM13 888.00  = jimat RM3000.00)

Kalau nak tgk detail leh klik kat gambar...










Bagi korang harga ni berbaloi tak... 4 barang ngan harga RM 10,888.00. Aku rase dah murah.. tapi bile balik aku tunjuk kat laki aku... dia kate nanti2 la... lambat lagikan nak masuk rumah... emm..nak masuk kalau boleh sebelum hujung tahun... ni dah tengah tahun... lambat agi ke.. ape nak buat dah big boss kate nanti.. so nanti la... ade lagi ke promosi camni nanti???

Satu lagi benda yang aku tergoda kat expo ni wall paper from impiana design... gambar2 dia sangat2 la cantik.. dan nampak real... so akupun book la tuk rumah aku nanti... nape aku pilih impiana design ni sbb kebanyakkan company yang jual wall paper ni diorg jual by role kan.. ni dia charge ikut yang kite pakai je.. so kat cni kite dah jimat ckit... then kalau book mase expo ni just kene bayar rm150 je.. kalau tak kene 10%... Bile dah book tak semestinye dia akan terus pasang kite leh gune booking ni sampai bile2... maksudnye.. untuk 1-2tahun (untuk rumah yang belum siap lagi)... lame pn boleh.. tapi jgn le lame sgt2... Bile book tak semestinya kite terus tentukan design yang kite nak... nanti bile nak pasang baru pilih design.. bestkan...
lawat la laman web diorang.. http://www.impianadesign.com/ anda pasti teruja...


Assalam Semua....

Tengok tajuk... tu ayat marah kat diri sendiri.... heeheee boleh gitu
Nak dijadikan citer.. 3/4 hari lepas tekak ni teringin sangat nak minum nescafe...
Sebelum ni aku memang peminat tegar nescafe, boleh kate hari2 mesti pekene nescafe, kalau order minum pagi siap gelas besar lagi....


Bile aku stop minum?
Masa mengandung kadang2 ade juga aku minum...
Tapi sejak bersalin n sepanjang menyusukan Fathi (nk masuk 10 bulan dh) aku tak penah lagi buat @ order nescafe bile nk minum... sebab banyak aku dengar n baca nescafe ni boleh mengurangkn penghasilan susu...


Kenape minum?
Entah ribut ape yang melanda 3/4 hari lepas agaknye... tekak ni tetibe je rase nk minum..
2 hari berturut2 aku minum necafe as breakfast n hi-tea....
memang sungguh lupe daratan...


Menyesal.....?
Memang menyesal gile...
Susu perahan aku drop... dari 15/16 Oz sehari dapat 10 Oz je...
Kalau tgk number mcm cikit je... perbezaan dalam 5/6 Oz...
Tapi bagi aku... peh... banyaknye...


Nak minum lagi ke??
Sah tobat takkan ku minum lagi nescafe....
Kesian Fathi...
Mak rase nikmat.. tapi anak yang dapat akibat...
2nd Stage BF fathi belum lagi tercapai...
Aku tak boleh biarkan anasir2 sekeliling aku menghalang perjuangan aku...


"Ya ALLAH.. permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku (muhammad Irzaq Fathi) agar menuruti segala yang telah Engkau  syariatkan... AMIN..."


Tidak ada dua orang kanak-kanak yang membesar tepat pada kadar yang sama. Setiap kanak-kanak itu berbeza dalam melakukan sesuatu aktiviti yang tertentu lebih awal atau kemudian daripada yang lain. Sebab itulah tidak mungkin diberikan jadual yang tepat tentang perkembangan seorang bayi dalam tahun pertama. Coraknya memang ada, walau bagaimanapun penerangan berikut adalah satu rajah tentang kemajuan dan tabiat seorang bayi secara bulanan. Berikut adalah rajah perkembangan bayi pada setiap bulan.

Bulan Pertama:
Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur sepanjang hari.

Bulan kedua:
Bayi akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam.

Bulan ketiga:
Bayi mula mengukir senyuman dan mengagah. Dia kurang menangis dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada peringkat ini biasanya boleh menegakkan kepalanya ketika meniarap.

Bulan keempat:
Bayi lebih giat dan suka bermain. Dia memilih waktu menyusu untuk bermain dan men cuba sesuatu. Pandangannya lebih tajam dan dia suka pada warna terang.

Bulan kelima:
Berat badan lahirnya dua kali ganda dan dia lebih aktif. Dengan bertambah'llya penguasaan belakang dan otot kakinya membolehkan dia mengimbang dirinya dengan sendiri dan duduk dalam masa yang agak lama. Dia mula mencapai sesuatu benda, menyelaras mata dan pergerakan tangan.

Bulan keenam:
Sekarang dia boleh duduk dengan mudah. Dia mula menunjukkan pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Dia juga mula menyebut beberapa bunyi.

Bulan ketujuh:
Kebanyakan bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka juga boleh memegang sesuatu benda atau mengubah benda itu dari satu tangan ke satu tangan lagi. Makan secara sendiri boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda waktu ini dengan munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah. Bayi mula menye.but perkataan seperti "mama" atau "dada".

Bulan kelapan:
Bayi mula berdiri, menggunakan sesuatu sebagai membantunya. Sekarang bayi anda bergerak dengan lebih baik, anda tidak harus meninggalkan benda-benda yang mungkin bahaya jika dimasukkan ke dalam mulutnya bertaburan.

Bulan kesembilan:
Sekarang kebanyakan bayi pandai merangkak. Mereka cuba berdiri dengan sendirinya dengan sokongan sebelah tangan. Mula memahami arahan ataupun perkataan mudah.

Bulan kesepuluh:
Bayi mula berjalan sekiranya kedua-dua belah tangannya dipegang. Dia menyambungkan perkataan dengan gerak-geri dan mengulangi perkataan atau bunyi berkali-kali.

Bulan kesebelas:
Seorang bayi mungkin dapat berdiri dari keadaan duduk menjelang waktu ini. Apabila berdiri dia boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Dia boleh duduk bertinggung untuk mengambil sesuatu benda dan mula mengawal pergerakan sudu dari tangan ke mulutnya. Sekarang dia boleh bertutur beberapa patah perkataan yang boleh difahaminya.

Bulan kedua belas:
Sekarang bayi itu bersiap sedia untuk melakukan langkah yang pertama. Kadang-kadang dia boleh berjalan digabungkan dengan gerakan lain seperti melambai atau membawa barang. Dia boleh memanjat katilnya atau kandang permainannya
 
Fathi 9 month (happy birthday....)
 
   
Nama : Muhammad Irzaq Fathi b. Mohd Yusri
Umur : 9 bulan

Kebolehan :
1. Sudah boleh memanjat kerusi, tangga, meja dll... kkdg terlupe tak pandai berdiri tegap lagi.. so bedebuk.. jatuh.. n pandai turun sendiri.. mula2 dulu takleh turun sendiri menangis...
2. Sungguh berselera makan.. satu mangguk abis licin pandai makan biskut pegang sendiri
3. Pandai pegang botol susu sendiri tapi time rajin je.. n suke main2 minum bile pegang sendiri
4. Dah pandai panggil PAPA bile time main2 n suke2... n panggil MAMA bile lapar nak nenen...
OOoo pandai ek..
5. Sudah pandai berdiri pegang katil/ kerusi sambil meniti...


Mama tak sabar nk tunggu adik :
duduk sendiri
tumbuh gigi
pandai jalan..


Doa Mama + Papa :
Semoga anak mama & papa membesar dengan sihat, akan kami berusaha mendidik kamu menjadi anak yang soleh yang patuh pada perintah ALLAH, sayangkan RASUL, taat IBUBAPA & sayangkn KELUARGA...

As'salam...to all mummies;

Arini mama nak kongsi ilmu bagaimana nak jadikan pump mummies yang tak hands free tu jadi hand free dengan budget yang amat murah & free pn boleh... So kepada bakal mummies2 yang tak cukup budget nk beli Madela FS so boleh gunakan cara mama ni untyk jdkn pump uols hands free...

Ada sesetengah mummies yang baru nak mencuba double pumping selalu ada masalah nak handle 2corong & adjust pump dalam masa yang sama. Mama pn masa mula2 wt double pumping kekok juga nk handle.. la ni dah ok la...

Harap2 info ni dapat membantu mummies di luar sana agar lebih bersemangat untuk ber "DOUBLE PUMPING"... agar susu kita pn lebih berganda...


Langkah 1: Dapatkan 2 utas getah rambut (spt gambar dibawah), nk gune getah biase tu pn boleh juga.. cuma takut cepat putus.


Langkah 2: Tindihkan kedua-dua getah tadi seperti dibawah



Langkah 3: Loopkan kedua2 getah tadi (spt dalam gambar) agar ia membentuk ikatan seperti 'angka lapan'. Kemudian ketatkan ikatan.

    




Langkah 4: Ambil botol yang telah di pasang corongnya, kemudian ambil getah yang telah di ikat tadi dan masukkan corong kedalam salah satu lilitan getah (lihat gambar)



Langkah 5: Sangkutkan hujung getah yang satu lagi pada penyagkut bra mummies


and

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tara........


So begini le rupeny hands free pump mummies nanti...
Bra tu boleh la dijadikan sebagai support untuk stabilkan kedudukan corong & pump...

Amacam berbaloi tak ilmu hari ini...
Ilmu ni mama dapat dari cini...