26 February 2012

Cara Atasi Bayi Berkahak dengan Teknik Tepuk

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.



Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.
Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.


SITI Farah Aini Jamaludin menunjukkan alat bantuan perubatan
yang digunakan dalam
kes mengeluarkan kahak daripada kerongkong bayi.
 
Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.


"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Pengalaman
Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.
"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.
"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.
"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah,
pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula
bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"
Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula.

Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa,
sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.
"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.
"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.

Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.
Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.
"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.
"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.
"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.

16 January 2012

Mencari Makanan Tambahan Untuk Penyusuan - Dengan Shaklee Anda Boleh Pilih..


SET B? 

SET E?

TRIPLE M?

Secara ringkasnya :-

Set B  

ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.

SET B


Set E 
lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.
SET E
Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?

  • Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan,
  • si ibu yang nak mula menyimpan stok,
  • si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan
  • ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.
Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
TRIPLE M

Bagi sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya:
Email :
Gmail : samsinor79[@]gmail.com
Call/ Whatsapp : 019-9561107



13 January 2012

Perompak !!!! masuk rumah Wardina



Alhamdulillah Wardina selamat dari kejadian rompakan. Saya memang mengkagumi wanita bernama Wardina ini. Saya antara ribuan fan yang LIKE FB Wardina. Ini antara pengalaman  Wardina ingin kongsikan. Betapa kuat imannya hingga tidak keluar sekalipun kepala yang tidak menutupi auratnya tatkala perompak datang. Wardina hanya berdiam diri berselubung menutup seluruh badannya dengan cadar. Disamping suami yang bersungguh2 menjag kehormatan isteri...


Mereka Merompak "Perasaan Selamat" Saya.

Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun  itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk  yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah”Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.

Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.

Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakkau” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.

 Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.

 Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu.  Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.

Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.

Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.

 "Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”
"Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk”    
“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan”
“Dan kejahatan orang  yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

(Quran, Al-Falaq:1-5)

Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua  “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.

Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.

Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”

Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya  untuk anda fikirkan juga.

Yang masih trauma,

Wardina

p/s : Semoga kita semua dilindungi oleh-Nya. Amiin.

29 December 2011

TenTanG DhiA ePisoD aKhiR

video


Macam2 andaian kengkawan tentang ending cerita akasia 
TENTANG DHIA..... 
petang tadi dapat tengok last episod dengan tenang 
tanpa suara anak2 yang selalunya sibuk nak tengok cerita lain... 
ape lagi...cerita kartun le...

SssssEeeeDdddddIiiiiiiiiiHhhhhhhhhhhhh
 dengan ending dia... 
tak sangka Zikir akan temankn Dhia 
pergi untuk selama2nya.... 
tak sangka airmata aku mengalir.... 
sedih.....


p/s: cerita ini lebih terkesan dari OMBAK RINDU..... walaupun sad ending...

22 December 2011

ResuLt PMR

Hari ni keputusan PMR diumumkan diseluruh negeri...

Dalam keluarga besar kami... anak mak aku ade 8orang 7 dah kawin tinggal kakak aku sorang je yang belum kawin lagi....ade sape2 nak buat dia jadi adik or kakak ipar x? heee
Dari 7 yang dah berkahwin tu maka mak aku dapat la 24 orang cucu... ramai tak? 
kalau semua balik...peh....penuh rumah...tapi seronok maaa.... cume kene tahan telinga je la bile budak dah ramai2kn...

Tahun ni ade 4orang yang ambik exam besar.....

UPSR - dah umum beberapa bulan lalu...
Syuhada - 3A 2B ( SAINS & MATHS B)
Mashitah - 4A 1B ( BI - B )

PMR - baru je umum pagi tadi....
Sumaiyyah - 8A 1B (BAHASA ARAB - B)

SPM - baru abis exam minggu lepas...
Mustakim - tengah berfoya-foya....


Ni la gambar budak yang tengah tak sabar2 nak dapat hadiah dari sanak saudara... dah merangcang duit yang dapat nanti nak buat ape....
Sungguh mewah anak2 sekarang... dapat result yang baik.. dapat handfon baru...
zaman aku dulu takdepn... korang ade dapat tak?

Dia tanye kat aku malam tadi...
Sumaiyah: maksu dapat result nanti nak bagi ape?
Aku: 1A - RM 1 ringgit.... hhaaaa....ok tak ke kejam.... janji ikhlas.... heeee...

22 November 2011

MALAYSIA LAWAN INDONESIA FINAL | KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK SUKAN SEA 2011


JARINGAN GOL: MALAYSIA (1-1) INDONESIA
PENALTI: MALAYSIA (4-3) INDONESIA

Alhamdulillah...Tahniah kepada Skuad Bola Sepak Harimau Muda, Malaysia kerana berjaya menerkam emas daripada disambar oleh Garuda, Indonesia dengan kemenangan sepakan penalti 4-3. Ratusan ribu penyokong membanjiri Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

Sebelum kemenangan penalti, Malaysia terikat seri satu sama dengan pasukan lawan apabila gol Malaysia dijaringkan oleh Asrarudin Putra Omar pada minit ke-35, manakala gol dari pasukan Indonesia dijaringkan oleh Gunawan pada minit ke-5. Walaupun gol Asra nampak macam tidak bersedia... kelakarpn ade...tapi gol itu le penyelamat yang membawa malaysia ke masa penalti....

Kekalahan Indonesia pada edisi ini begitu parah tambahan pula beraksi di tempat sendiri dengan harapan dapat lagi membawa pingat emas yang disandarkan oleh 270 Juta rakyat Indonesia. Kehampaan, ketidakpuas hatian dan ada yang menangis pada penyokong Garuda dapat disaksikan di kaca tv semalam dan berikutan itu, penyokong lautan merah dengan sekelip mata meninggalkan Stadium Gelora Bung Karno.


Sebelum ini Indonesia dikecam habis-habisan dalam perlawanan antara Malaysia dan Indonesia pada Khamis lepas (17/11/2011), apabila penyokong Indonesia yang berada di stadium tersebut tidak menghormati lagu "Negaraku" yang sedang berkumandang sebelum sepak mula. Malah apa yang aku sendiri saksikan di tv pada final semalam pun sebelum sepak mula, penyokong Garuda ini mengulangi perkara yang sama, lagu "Negaraku" yang berkumandang sebelum sepak mula diharu birukan dengan bunyi bising dan tiupan wesel.


Namun semua itu tidak akan mematahkan semangat Harimau Muda, kerana bahaman demi bahaman berlaku di atas padang walaupun cakaran demi cakaran yang dilakukan oleh burung Garuda pada masa tambahan begitu ketara. Sehingga Malaysia dan Indonesia terikat dengan seri satu sama dan melayakkan perlawanan kepada sepakan penalti. For the last, yeahhh Malaysia juaranya!


MALAYSIA TERHEBAT!
p/s: aku geram tul ngan fakri... layu le sepakan ko...
tahniah kapten badrul...

berita dipetik dari blog ini..

18 November 2011

RiSikO mEmBeRI BAYI mAKaN dEnGAn BOTOL SUSU


pic from en. google
Beri Bayi anda makan menggunakan BOTOL SuSu... PERNAHKAH ANDA?

Ooooohhh... saya pernah melakukannya... buat anak pertama saya (Syafi) dan kedua saya (Sofea).... Masa tu saya tidak menyusukan mereka secara exclusive... baru sebulan dua dan minum susu cap lembu....kesian anak2 saya...

Kebanyakkan ibu yang tidak BF anak mereka secara exclusive sehingga enam bulan pertama... akan terdedah untuk memberi bayi mereka makan dengan menggunakan botol susu.

Contohnya saya sendiri la... apabila anak saya masuk empat bulan emak saya dah sibuk2 suruh campurkan nestum dalam susu yang diberikan kepada anak saya sekurang2nya sehari sekali... atas alasan bayi tu tidak kenyang... sebab tu la dia asyik menangis nak susu je.... Anda pernah alami..?

Kalau ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan bayi tiap2 bulanpn... walaupun mereka mengatakan pemakanan bayi adalah selepas enam bulan, tetapi kalau mase empat bulan tu kite bagitau kite dah campurkan nestum dalam susu bayi untuk bagi bayi makan... Ade dia marah? Paling tidak nasihatnya nak kasi boleh tapi jangan kerap... n campurkan sedikit je.... Aduhai nurse...Ooo nurse...

Alhamdulillah... untuk anak ketiga ni (fathi)... saya tak pernah bagi dia makanan cerial/nestum etc... sejak hari pertama dia kenal makanan... macam dalam entry ini..>>>

Kat sini saya nak kongsi info yang saya baca berkaitan dengan tajuk kat atas tu yang saya petik dari majalah wanita februari 2010.
  
Kajian mendapati amalan popular iaitu memberi bayi makanan pepejal atau jus buah-buahan pada usia terlalu muda (enam minggu hingga tiga bulan) adalah membahayakan bayi.
Makanan pepejal sepatutnya diberikan ketika bayi berusia enam bulan. Pemberian makanan pepejal yang terlalu awal akan membahayakan sistem penghadaman bayi yang belum matang dan boleh menyebabkan alahan.
            Sesetengah ibu bapa selesa memberikan anak mereka makan dengn menggunakan botol susu. Walaupun makanan pertama bayi adalah sangat cair, anda tidak boleh menggunakan botol susu yang dibesarkan lubang putingnya untuk memberinya makan. KENAPA?
            Ia boleh menyebabkan bayi tercekik kerana bayi tidak dapat mengawal makanan tersebut masuk ke dalam mulutnya. Ia juga melambatkan proses bayi belajar menggigit, mengunyah, menelan, menunggu untuk suapan seterusnya dan berhenti apabila kenyang. Ini adalah asas untuk tabiat makanan yang baik. Melambatkan untuk bayi belajar kemahiran yang berkaitan dengan otot-otot lidah seperti kemahiran bertututr.
Jika bayi anda tidak bersedia untuk makan dengan menggunakan sudu, maka dia belum juga bersedia untuk makan makanan pelengkap. Ingat, botol susu hanya untuk susu atau air kosong sahaja, bukan untuk makanan dan bukan juga untuk jus. 

Pss... kengkawang kalau nak cari menu solid food untuk baby....cube la terjah blog ni... Menu yang mudah & cepat...