Tidak ada dua orang kanak-kanak yang membesar tepat pada kadar yang sama. Setiap kanak-kanak itu berbeza dalam melakukan sesuatu aktiviti yang tertentu lebih awal atau kemudian daripada yang lain. Sebab itulah tidak mungkin diberikan jadual yang tepat tentang perkembangan seorang bayi dalam tahun pertama. Coraknya memang ada, walau bagaimanapun penerangan berikut adalah satu rajah tentang kemajuan dan tabiat seorang bayi secara bulanan. Berikut adalah rajah perkembangan bayi pada setiap bulan.

Bulan Pertama:
Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur sepanjang hari.

Bulan kedua:
Bayi akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam.

Bulan ketiga:
Bayi mula mengukir senyuman dan mengagah. Dia kurang menangis dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada peringkat ini biasanya boleh menegakkan kepalanya ketika meniarap.

Bulan keempat:
Bayi lebih giat dan suka bermain. Dia memilih waktu menyusu untuk bermain dan men cuba sesuatu. Pandangannya lebih tajam dan dia suka pada warna terang.

Bulan kelima:
Berat badan lahirnya dua kali ganda dan dia lebih aktif. Dengan bertambah'llya penguasaan belakang dan otot kakinya membolehkan dia mengimbang dirinya dengan sendiri dan duduk dalam masa yang agak lama. Dia mula mencapai sesuatu benda, menyelaras mata dan pergerakan tangan.

Bulan keenam:
Sekarang dia boleh duduk dengan mudah. Dia mula menunjukkan pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Dia juga mula menyebut beberapa bunyi.

Bulan ketujuh:
Kebanyakan bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka juga boleh memegang sesuatu benda atau mengubah benda itu dari satu tangan ke satu tangan lagi. Makan secara sendiri boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda waktu ini dengan munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah. Bayi mula menye.but perkataan seperti "mama" atau "dada".

Bulan kelapan:
Bayi mula berdiri, menggunakan sesuatu sebagai membantunya. Sekarang bayi anda bergerak dengan lebih baik, anda tidak harus meninggalkan benda-benda yang mungkin bahaya jika dimasukkan ke dalam mulutnya bertaburan.

Bulan kesembilan:
Sekarang kebanyakan bayi pandai merangkak. Mereka cuba berdiri dengan sendirinya dengan sokongan sebelah tangan. Mula memahami arahan ataupun perkataan mudah.

Bulan kesepuluh:
Bayi mula berjalan sekiranya kedua-dua belah tangannya dipegang. Dia menyambungkan perkataan dengan gerak-geri dan mengulangi perkataan atau bunyi berkali-kali.

Bulan kesebelas:
Seorang bayi mungkin dapat berdiri dari keadaan duduk menjelang waktu ini. Apabila berdiri dia boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Dia boleh duduk bertinggung untuk mengambil sesuatu benda dan mula mengawal pergerakan sudu dari tangan ke mulutnya. Sekarang dia boleh bertutur beberapa patah perkataan yang boleh difahaminya.

Bulan kedua belas:
Sekarang bayi itu bersiap sedia untuk melakukan langkah yang pertama. Kadang-kadang dia boleh berjalan digabungkan dengan gerakan lain seperti melambai atau membawa barang. Dia boleh memanjat katilnya atau kandang permainannya
 
Fathi 9 month (happy birthday....)
 
   
Nama : Muhammad Irzaq Fathi b. Mohd Yusri
Umur : 9 bulan

Kebolehan :
1. Sudah boleh memanjat kerusi, tangga, meja dll... kkdg terlupe tak pandai berdiri tegap lagi.. so bedebuk.. jatuh.. n pandai turun sendiri.. mula2 dulu takleh turun sendiri menangis...
2. Sungguh berselera makan.. satu mangguk abis licin pandai makan biskut pegang sendiri
3. Pandai pegang botol susu sendiri tapi time rajin je.. n suke main2 minum bile pegang sendiri
4. Dah pandai panggil PAPA bile time main2 n suke2... n panggil MAMA bile lapar nak nenen...
OOoo pandai ek..
5. Sudah pandai berdiri pegang katil/ kerusi sambil meniti...


Mama tak sabar nk tunggu adik :
duduk sendiri
tumbuh gigi
pandai jalan..


Doa Mama + Papa :
Semoga anak mama & papa membesar dengan sihat, akan kami berusaha mendidik kamu menjadi anak yang soleh yang patuh pada perintah ALLAH, sayangkan RASUL, taat IBUBAPA & sayangkn KELUARGA...

As'salam...to all mummies;

Arini mama nak kongsi ilmu bagaimana nak jadikan pump mummies yang tak hands free tu jadi hand free dengan budget yang amat murah & free pn boleh... So kepada bakal mummies2 yang tak cukup budget nk beli Madela FS so boleh gunakan cara mama ni untyk jdkn pump uols hands free...

Ada sesetengah mummies yang baru nak mencuba double pumping selalu ada masalah nak handle 2corong & adjust pump dalam masa yang sama. Mama pn masa mula2 wt double pumping kekok juga nk handle.. la ni dah ok la...

Harap2 info ni dapat membantu mummies di luar sana agar lebih bersemangat untuk ber "DOUBLE PUMPING"... agar susu kita pn lebih berganda...


Langkah 1: Dapatkan 2 utas getah rambut (spt gambar dibawah), nk gune getah biase tu pn boleh juga.. cuma takut cepat putus.


Langkah 2: Tindihkan kedua-dua getah tadi seperti dibawah



Langkah 3: Loopkan kedua2 getah tadi (spt dalam gambar) agar ia membentuk ikatan seperti 'angka lapan'. Kemudian ketatkan ikatan.

    




Langkah 4: Ambil botol yang telah di pasang corongnya, kemudian ambil getah yang telah di ikat tadi dan masukkan corong kedalam salah satu lilitan getah (lihat gambar)



Langkah 5: Sangkutkan hujung getah yang satu lagi pada penyagkut bra mummies


and

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tara........


So begini le rupeny hands free pump mummies nanti...
Bra tu boleh la dijadikan sebagai support untuk stabilkan kedudukan corong & pump...

Amacam berbaloi tak ilmu hari ini...
Ilmu ni mama dapat dari cini...

Why not?
Because shaking expressed mothers' milk (or boiling or freezing it) denatures the shaped molecules of the protective proteins, leaving only the pieces - the amino acids - the parts. Lactoferrin, lysozyme, and other protective components work their protection magic when they are in their original shaped molecular structure. Some components remain intact, even during freezing, shaking or heating. They not only protect the gut from many kinds of infection, but also prevent inflammation of the gut lining. Even broken up, the separate amino acids are still really good stuff and are digested by the baby as nutrients.

Imagine a set of pop-beads assembled into a necklace or bracelet. When the beads are acting as a bracelet or necklace, they are doing their job as protective elements. When you break apart the beads, you have in your hand many individual chunks of amino acids which are then digested.

Cellular components are also susceptible to damage by physical stress. After all, they are living cells.

With mother's milk, you get at least two functions for the price of one. With manufactured formula, you only get the individual beads, never the necklace or bracelet. And never the living cells.

So, please handle human milk gently, respectfully and kindly. It's far more than perfect food for babies - it's a living tissue and protective shield too.

© 1998 Linda J. Smith, BSE, FACCE, IBCLC lindaj@bflrc.com


Ape yang mama faham maksud takleh goncang tu.. mcm kalau kite goncang susu bile wat susu FM.... kan kalau kita bancuh formula, kita akan goncang kuat utk sebatikan susu tepung tu... kasi larut dgn air...

kalau breast milk nih, just a gentle SWIRL sudah memadai untuk mensebatikan balik susu tadi... takyah ganas sgt goncang kuat... gelek2 jek bekas susu tu...


p/s: Mama ade pesan ke kat kakak mama @ baby sitter fathi? ni kene tanya balik ni...
Salam Jumaat..
Semoga perkara yang kita lakukan hari ini menjadi sesuatu yang lebih baik dari semalam...
 
Sayang abang buat adik
 
Subhanallah!! Sayangnya Allah swt kepada kita..
Dia bukan sahaja kurniakan kita dengan anak-anak..
Bahkan, jika kita sayang pada anak-anak yg diberikan oleh Allah swt ini pun, Dia akan berikan kita pahala..

  1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
  2. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
  3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
  4. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
  5. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
  6. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
  7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  8. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
  9. Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
Senangnya nak buat pahala, kan? Jom buat pahala banyak-banyak!! :)  Semoga Allah swt memberikan kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkan dan menyampaikan ilmu ini kepada orang lain.
Wallahua’lam