Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.


  24 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee
 
1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout
 
 
 
Untuk tubuh kita menjalankan tugas dengan efisyen, ia harus mengekalkan homeostasis dalaman, iaitu keseimbangan pH di dalam tubuh kita. Di sini lah pentingnya keseimbangan asid-alkali kerana badan berasid tidak dapat menjalankan fungsi dengan baik.
Badan berasid dapat dikesan dari 3 peringkat:

Peringkat awal : sedikit berasid.
Tanda-tanda : Lendir dalam dada, sakit sendi, tangan & kaki menjadi sejuk, kehendak seks menurun, pedih ulu hati, kencing barbau keras, sakit otot, kelesuan, jerawat, sembelit, sakit kepala, PMS dan panic attack.
Sekiranya tiada tindakan untuk meneutralkan keasidan di peringat awal, maka tubuh akan masuk ke peringkat seterusnya.

Peringat kedua : lebih serius dan memberi kesan kepada kesihatan.
Tanda-tanda : Badan menjadi bengkak, gegata, mati pucuk, migrain, jangkitan virus, ekzema, endometriosis, psoriasis, tekanan perasaan, insomnia, bronktis, jangkitan kulat, sinusitis, asma, alergi dan jangkitan bakteria.
Sekiranya keadaan di peringkat kedua tidak dirawat dengan baik, maka ia boleh membawa ke peringkat akhir akibat badan berasid.

Peringkat akhir : peringkat yang lebih teruk
Tanda-tanda: Kanser, schizofernia, SLE, TB, artritis, multiple sclerosis.
Di peringkat ini, ia boleh mambawa maut dan perlukan rawatan yang bersesuaian.
Apakah penyebab badan berasid?
Badan berasid disebabkan oleh pengambilan makanan yang bersifar asid. Makanan yang diproses antara makanan-makanan yang menyebabkan peningkatan asid dalam tubuh kita. Makanan lain yang menyebabkan asid ialah yang tinggi karbohidrat seperti nasi, makanan2 seperti daging, makanan laut, susu, keju dan hasil tenusu lain.
Pengambilan makanan yang terdedah kepada pestisid juga menyumbang kepada peningkatan keasidan dalam tubuh, begitu juga ubat-ubatan seperti antibiotik.
Di bawah ini saya kongsikan carta makanan asid-alkali:

 

Di bawah ini adalah carta interaksi makanan, yang mana kita boleh bandingkan bila kita makan pelbagai jenis makanan dalam satu masa:

 
Mahu tahu suplement yang sesuai... jom hubungi saya :
 




 
 
Aduh... jerawat melanda
 
Apa itu jerawat? Jerawat adalah masalah kulit yang disebabkan oleh lebihan produksi kelenjar minyak (sebaceous gland) yang menyebabkan saluran folikel rambut dan pori-pori tersumbat.  Selalunya jerawat mudah tumbuh di bahagian muka, dada, belakang dan bahu (http://id.wikipedia.org/)

Jerawat sering muncul  antara umur 14 – 19 tahun yang dipengaruhi oleh perubahan hormon pada remaja lelaki dan juga perempuan.


Dari hasil penelitian menunjukkan sebanyak 85% populasi mengalami jerawat pada usia 12-25 tahun, 15% populasi mengalaminya hingga usia 25 tahun. Jika tidak diatasi dengan baik, gangguan jerawat adalah hingga usia 40 tahun.


Penyebab jerawat sering disalahtafsir. Ramai yang menganggap jerawat disebabkan oleh faktor kebersihan dan pemakanan. Misalnya makan kacang, coklat… boleh menyebabkan jerawat. Sebenarnya faktor2 di atas boleh memburukkan lagi keadaan, tetapi bukan punca jerawat.


Beberapa faktor penyebab munculnya jerawat antara lain:

  • ----> Stres
  • ---->Faktor keturunan dari orangtua
  • ---->Hormon : Salah satu faktor penting yang menyebabkan timbulnya jerawat adalah meningkatnya produksi hormon testosteron, yang dimiliki oleh tubuh lelaki maupun wanita. Hormon testosteron yang terdapat dalam tubuh lelaki maupun wanita menyebabkan timbulnya jerawat dengan merangsang kelenjar minyak (sebaceous gland) untuk memproduksi minyak kulit (sebum) secara berlebihan.
  • ---->Kelenjar minyak yang hiperaktif
  • ---->Bakteri di pori-pori kulit
  • ---->Iritasi kulit
  • ---->Anabolic steroid
(*credit to ghs,alinalan.blogspot.com)

Cara mencegah jerawat:

--->Cuci muka dengan pencuci yang halal dan kurang bahan kimia
--->Kurangkan penggunaan syampu atau minyak rambut yang berminyak.
--->Makan banyak buah-buah, sayur dan air secukupnya.
--->Dapatkan rehat secukupnya.
--->Supplement yang membantu untuk mencegah jerawat:
  • B Complex – membantu menstabilkan hormon dan emosi
  • Vitamin C – menjaga kesihatan kulit  
  • Vita Lea – vitamin dan mineral lengkap, antaranya membantu dalam metabolisma gula. Jika anda ada masalah dengan metabolisma ini, anda terdedah kepada jerawat.
--->Supplement untuk merawat Jerawat:
  • Vitamin E – membantu mengurangkan parut
  • Zinc Complex – melegakan ketidakselesaan akibat jerawat dan menyembuhkan kulit yang rosak
  •   GLA Complex – menyembuhkan kulit yang rosak 
Salam Jumaat..

Hari ni saya nak kongsi testimoni pengguna shaklee yang mengambil produk ESP & Vit E untuk hilangkan parut jahitan akibat xcident....



Emmm sape2 yang ade kesan parut yang nak dipudar-pudarkan tu boleh la mencuba.....






Ramai ibu yang mencari cara terbaik nak banyakkan dan tambah susu ibu, terutama bila susu badan dah kurang dari biasa, tatkala ibu dah mula bekerja.
Konsep utama dalam mebanyakkan susu ibu adalah:

PENGELUARAN berkadar terus dengan KEPERLUAN

 

Apakah yang dimaksudkan dengan pengeluaran berkadar langsung dengan keperluan? Atau supply vs demand?
Ia bermakna susu yang dihasilkan oleh ibu berkadaran dengan susu yang diperlukan oleh anak atau bayi yang disusukan.
Bayi minum banyak, maka susu badan yang dihasilkan adalah banyak.
Bagaimana pula dengan susu banyak dan berlambak macam ni?

Ya, ia masih mengekalkan konsep yang sama - pengeluaran vs permintaan.
Jadi untuk mendapatkan susu yang banyak macam tu ibu kena BANYAKKAN PERMINTAAN terhadap susu ibu.

1. Melalui hisapan bayi ==> Kerapkan Menyusu terutama di awal kelahiran

2. Mengepam ==> samada gunakan pam susu atau pun menggunakan tangan (teknik Marmet)

Bagaimana dengan makanan tambah susu, milk booster, pil tambah susu semua tu? Adakah tak berkesan?

 

Ibu harus tahu, konsep penyusuan seperti di atas adalah mutlak. Walau bagaimana bagus pun milk booster yang ibu telan, ibu perlu mengepam dan menyusukan secara konsisten untuk mendapatkan susu yang banyak.

Milk booster yang terbaik adalah yang membekalkan nutrisi buat ibu secara keseluruhan, dengan kata lain bukan sekadar ‘mengaktifkan hormon penyusuan’ tapi menjadikan tubuh ibu ‘fit’ untuk menyusukan dan menjaga anak di samping menjalankan aktiviti harian dengan tenang dan gembira.

Ibu juga perlu berada dalam keadaan tenang dan gembira agar hormon oxytocin yang bertindak mengeluarkan susu dari payudara ibu dapat dirembes dengan baik.

Jadi ibu memerlukan bukan saja pemakanan dengan nutrisi seimbang malah mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuhnya dan mood-nya. Tahukah anda mood juga boleh dipengaruhi oleh pemakanan?
Makanlah makanan seimbang, halal, penuh nilai nutrisi dan lengkap untuk keperluan tubuh hingga ke peringkat ODA.

Breastdfeeding SeT


Read more http://vitaminsemulajadi.com/
 
Berminat untuk mencuba supplement shaklee boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma.
 
 
Anda penah alami perkara ini?
Masa saya mula2 dapat baby dulu... kekok betul nak menyusukan anak...camne nak letak...?? Tau satu cara je.... lenguh la tangan ni... duk pangku anak... masa tu ilmu penyususan cetek....
Anak ketiga baru la saya rasa ilmu saya tentang penyusuan bertambah...nak kata banak takde la... ade la ckit2 tu pn terjah2 blog orang.....tegok2 artikel pasal penyusuan...

Kat cni saya nak share pasal teknik2posisi penyusuan yang boleh kita gunakan semasa nak susukan anak kita... ade sebab tau kite kene tukar2 posisi ni...

Nak tau.... sila baca sampai abis ek..  
creadit to http://nurshahfamily.blogspot.com/2011/02/teknik-penyusuan-bayi.html

* Posisi penyusuan yang baik*
Menyusu dalam posisi yang salah boleh menyakitkan anda dan juga mengecewakan bayi. Berikut
adalah cara yang betul:

* Sentuh bibir bayi dengan hujung putingsehingga dia membuka mulutnya.
* Biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian besar areola (bahagian berwarna coklat).
* Gerakan rahang dan bunyi tegukan memastikan yang bayi menyusu dalam posisi yang betul.
* Selepas menyusu, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.

*Refleks ‘let-down’ atau pancutan susu*
Refleks ‘let-down’ adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik sahaja bayi telah berada pada posisi penyusuan yang betul. Jika anda tidak mengalami rasa ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan, tiada ruang untuk bersendirian, rasa malu atau cemas tentang penyusuan susu ibu, letih atau sakit.

*Pilih posisi yang selesa*
Dapatkan posisi yang membuat anda dan bayi rasa selesa. Tubuh bayi haruslah rapat ke anda dan mukanya bertemu dengan payudara anda. Mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlulah dalam keadaan lurus. Belakang badan anda juga perlulah tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar, jika perlu.









1. Posisi dakapan Ini merupakan posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu. Ia membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memusingkan kepalanya untuk menyusu. Kepala bayi berehat di dalam dakapan anda. • Sokong belakang badan dan punggung bayi. • Lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya.

2. Posisi ‘football hold’ Posisi ini sangat sesuai jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yang serentak. • Sokong kepala bayi dengan tangan. • Gunakan bantal untuk menyokong belakang badan anda.

3. Posisi berbaring Cuba posisi ini apabila anda dan bayi rasa letih. Jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama. • Sokong kepala anda dengan lengan. • Sokong bayi anda dengan lengan atas.

*Beralih payudara*
Jika boleh, berikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara pada setiap kali menyusu. Susukan bayi pada satu payudara sehingga dia berhenti menghisap. Angkat bayi, sendawakannya dan alihkannya ke payudara sebelah dan teruskan menyusu sehingga dia kenyang. Untuk penyusuan yang berikutnya, mulakan pada payudara yang terasa sarat dengan susu.

*Sendawakan bayi*
Sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Dia mungkin termuntah susu, jadi pastikan anda menyediakan tuala. Jika dia tidak sendawa selepas 30 saat, dia mungkin tidak perlu disendawakan.
• Letakkan bayi di bahu anda.
• Gosok atau tepuk perlahan belakang badannya.