• Tunggu my entry tentang pertandingan netball open UM ni nanti...tak sempat la nak menulis....banyak...cz bawak anak2 sekali g games....

  • tunggu...

  • Contest "Foto KiuT" ni Ka-Ching PreLoved yang buat...
    4 join n nak tau syarat2 nya bleh la terjah....

    So 4 this Contest aku nak letak Gambo Puteri Kesayangan Hamba....
    Nur Sofea Firdina Bt. Mohd Yusri
    2 Year 4 Month


    Walaupun rambut anak Mama serabai mase ni... tapi ur smile so KiUt....
    Muaaaahhh..muaaahh....






    Arini aku lewat lagi masuk keje... (lewat 15min je tau!) sebab terlewat bangun... nape terlewat bangun.. sebab malam tadi my husband takde...
    Ape kene mengene husband takde n lewat bangun?
    Selalu bile en. hubby ada baju nak g kerja dah siap gosok malam2 coz nak gosok baju dia gosok baju aku sekali... so bila en. hubby xde... pagi tadi baru gosok baju...
    Pagi2 en. hubby bangun dia akan masakkn air tuk mandi Syafi (nk g tadika)... so bila en. hubby takde.. lambat le masak air n nak tggu air masak lagi... nak mandi Syafi lagi...

    Pagi2 bila en. hubby ada dia akan tolong angkat anak2 masukkn dalam kereta... so bila en. hubby takde.. arini akak sensorang kene angkat anak masuk dalam kereta... nak pulak pagi ni Syafi & Sofea minta buatkan susu dulu sebelum naik kereta.... aduh layankn je.. kalau tak dalam kereta diorg merengek pulak...

    Nak jadikan cerita... arini jalan jem pulak.... dari Sek. Rendah Mambau sampai... simpang Y Balai Polis... (semua orang bangun lewat ke arini)

    Dah anta Sofea & Fathi... so aku pn pecut masuk highway... bawak kete pecut tak hengat.... 140 - 150 km/j Alhamdulillah.... sampai dengan selamat ke opis... sebelum aku drop Syafi kat Tadika..

    google web








    Bermula jumaat lepas.... after balik keje tiba2 Syafi muntah2 n cirit-birit... me n cik abang bawak dia g klinik... balik dari klinik... muntah dia makin menjadi2 naik risau kami dibuatnya.. asal minum je muntah.. minum air outuhpn muntah.. last2 kul 1am.. kiteorg bawak dia g hospital... yang geramnye ayat doctor tu... "kakak kite ni kalau anak2 kene muntah2..cirit bitrit mmg kite risau.. tapi kami kat hospital kerajaan ni mmg takkan kasi ubat tahan muntah... sebenarnya itu adelah cara diorg (kanak-kanak) nak buang kuman dalam badan dia..." Bagai nak rak kiteorg tunggu dari 1am... hingga 3.20am baru dapat turn..Aduh... tu je ayat dia.. SABAR.....

    Esoknya si kecik Fathi n kakak Sofea pulak mula menunjukkan tanda2 jangkitan... terus aku bawak g pakar kanak2... (Klinik Dhillon).. Alhamdulillah... pas ambik ubat dia takde muntah2...cuma cirit birit je lambat elok..... Harap2 anak2 mama cepat sembuh...
    Selepas naik cuti bersalin aku rase susu aku semakin berkurangan... aku mula risau... banyak blog yang aku selongkar n banyak testimoni yang aku baca berkenaan SHAKLEE... Hati ni macam tertarik pulak nak mencuba... mane tau kot2 serasi.... Aku terus msg hasmah n order....

    Trial pack B (breastfeeding set with Alfafa) - pic form hasmah



    Aku order Trial SET B ( B-Complex , Alfafa, Vit-C and, Vetalia) harganya RM 80....

    Seminggu lepas aku gune aku mula nampak perubahannya...

    Perubahan pertama;
    Susu aku jadi kuning kehijau2an.. aku takde la pelik sangat sebab dari testimoni yang aku penah baca memang susu akan jadi kaler tu.. dan susu pun nampak lebih lemak berkrim dari susu sebelum ni yang putih je...

    Perubahan kedua;
    Fathi pun minum kurang dari biasa. Masa umur Fathi 3-4 month selaluny kat rumah kakak aku pengasuh dia la dia akan minum dalam 5 or 6 botol susu 3.5 oz, lepas ambil SET B berkurang jadi 4Oz atau 5Oz kalau aku ambil dia lewat. Bukan bermakna aku suka dia kurang minum... tapi keadaan itu menyelamatkan aku yang tengah kekurangan stok masa tu...

    Sekarang sudah 5 bulan lebih Fathi dah kuat minum dan kuantiti ditingkatkan kepada 4.5Oz sekali minum... sehari kat umah pengasuh aku bekalkan 5 botol, 4 botol sure habis yang satu tu stanby...

    Perubahan ketiga;
    Badan aku dah kurang letih.. kalau dulu aku selalu lenguh kat bahu macam bawa beban banyak (bidan kata urat belikat aku dah terbenam) dan yang menjadi mangsa biasa la cik abang kene jadi tukang urut... tapi sekarang rase lenguh tu dah berkurangan. Bila badan tak letih tension pun kurang...

    Perubahan keempat;
    Aku dah kurang rase mengantuk. Ibu2 yang menyusukan anak ni selalu buka servis 24hour jadi kalau dapat baby yang suke mengempeng tengah malam penat cikit la...so bile buat keje shif malam ni... biasela pagi2 time bawa kereta g keje terkuap2..mulut tahan ngantuk...

    Emm...macam2 la kebaikan yang aku dapat lepas ambil SET B ni.... Stok susu pun dah makin bertambah... walaupun tak banyak macam orang lain... tapi alhamdulillah... cukup untuk bekalan anak ku yang tercinta...

    Doa2kan STAGE penyusuan ku yang PeRTaMa ini (290710 - 290111) ni berjaya dan boleh diteruskan hingga 290712 nanti....
    Mengapa anak yang ke-3 ini saya memilih untuk menyusukan dengan ASI.... ?




    Semasa melahirkan SYAFI aku hanya dapat BF semasa proses berpantang sahaja itu pn dah campur FM pada minggu kedua kelahiran lagi...walaupun B aku kategori --kus semangat-- tapi susu tak banyak.... (masa tu takde ilmu lagikan). Lagipun masa tu aku duduk berjauhan dengan anak.. aku di Dungun.. anak di Seremban.. suami di Kuala Lumpur... bulan ke5 baru aku dibenarkan oleh mak untuk bawa anak aku ke Dungun... kerana dia risau aku tidak boleh jaga SYAFI n nak hantar kat umah orang untuk jaga...kecik sangat lagi..


    Anak ke2 SOFEA... alhamdulillah selesai cuti bersalin aku dapat surat pindah ke Port Dickson, bersyukur sangat2. Tapi aku masih tak menyusukan anak dengan ASI...KENAPA YE? Akupn tak tau...maybe MITOS yang awal tu masih lagi ade dalam pikiran aku ni.


    Semasa mengandungkan FATHI anak aku yang ke3.. dalam hati aku memang dah niat nak cube BF dia. Kebetulan mase kandungan aku dah 8 bulan.. tempat kerja aku ade wat KURSUS PENUSUSAN BAYI.. so akupn ambil kesempatan la untuk tambah ilmu... Alhamdulillah banyak juga yang aku belajar dari kursus tu.. Thanks tu HUDA kerana buat kursus penyususan susu ibu.


    Bermula dari situ aku mula terjah blog2 momma2,mummy2 yang berFULL BREAST FEEDDING untuk menambah ilmu aku yang memang cetek mase tu. Aku mula kenal kenal pelbagai jenis pump..dan akhirnya aku telah membeli breast pump SPECTRA3 itupn yang 2nd hand (coz aku takut kalau beli mahal2 nanti susunya takde juga....).


    Thanks so SARINA (aku jumpa dia kat blog susuibu) coz jual pump kat saya....(dia baru guna 5x pump).


    Sekarang FATHI dah nak masuk 6month....n masih FULL BF... mudah2 stage1 ini berjalan dengan lancar dan dapat diteruskan hinggalah umurnya 2year.


    Ini antara doa penyusuan yang aku amalkan;









    Dalam menghayati makna ERTI HIDUP PADA MEMBERI, hati sering dibisik was-was. Apa gunanya bersusah payah membantu. Cukuplah dengan segala kesusahan hidup kita yang sedia ada, kenapa mahu berpenat lelah untuk orang lain!

    “Buat baik berpada-pada!” tokok sebuah peribahasa.

    Hati yang akur dengan bisikan-bisikan ini akan mengeluh, “asyik aku sahaja yang memberi. Sesekali kenalah menerima. Terasa bagai dimanipulasi!”

    Lalu datanglah segala penyakit sikap. Culas, acuh tidak acuh, ala kadar dan janji siap, menjadi sendi-sendi kerja yang dibuat tanpa sokongan jiwa.

    Hakikatnya kehidupan tidak begitu.

    Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri, malah menyuntik subur berkat dan kemajuan.

    Sesungguhnya setiap kebaikan yang kita berikan dalam khidmat kepada umat, tidak pernah kebaikan itu tidak berbalik kepada kita.

    Hanya manusia yang lupakan Tuhan, tidak menyedarinya.


    "Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” [Al-Israa' 17: 7]

    sumber dari Saifulislam
    Ni kali pertama MamaSSF nak try join GA dan GA pertama itu adalah GA anjuran miakididdles aka momma mia dan hari ini adalah hari terakhir penyertaan.. agak2 aku ade luck tak..


    Ada 2 kategori yang dipertandingkan;



    Momma Mia : Teka berapa jumlah storage bag EBM momma dapat sepanjang penyusuan@Korea?
    MamaSSF : Mama teka 23 pack semuanya agak2 dalam 135 Oz... betuk ko...


    Anivesary Momma Mia untuk kali ke-3 ni diorg 1 family telah pergi ke Colmar tropicale Berjaya Hills, Bukit Tinggi


    Momma Mia : Pilih aktiviti yang korang rasa paling best masa kami disana?
    MamaSSF : Bagi mama aktiviti yang paling best ialah aksi posing damia bagi fish makan dengan kimononya...(anak2 mama pun suke bagi fish makan kat tamanS2)

















    Hujung minggu memang sukar bagi aku cari masa untuk menulis... itu le kelemahan aku lepas ade anak...sebab tu blog aku yg dulu terkubur gitu je...
    Ape yang best dihujung minggu? Sabtu aritu kami anak beranak pergi ke Time Square.. coz PapaYusri ade game bowling anjuran kelab jabatan tempat dia keje... Kami sampai lewat ckit kire2 game dah nk mule dah... mane takny dari seremban gerak kul9.20am game mule kul10.30am..kami sampai dalam kul 10.35am...kat highway tak usah cakap le bepe km/h???!!

    Alhamdulillah kami sampai ngan selamat... Ape2 pn PapaYusri tetap jadi juara (haahaa..exsen siot..berlagak gile....)Papa sibuk main maknye sibuk melayan karenah anak... Ingatkan nak bawak anak2 g kolam KLCC tapi program dibatalkan...sebab masing2 naik je kereta trus lelap... lotih na agak eh...

    Sunday..takde aktiviti yang best just bawa anak2 g palyground petang tu...tu pun kejap je dalam 1hour cz malamny PapaYusri g pertandingan mancing kat Kolam Jaros. Kesian PapaYusri 3x ikan makan umpan tapi satupn tak melekat...takde rezeki la makneny tu abang... Aku kat umah, melayan anak2 sambil menonton AJL2010.


    Jom tgk keputusan penuh di bawah :
    Juara AJL25 ( trofi dan wang tunai RM35,000)
    Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku

    Naib Juara (trofi & wang tunai RM15,000
    MUH – Drama King

    Tempat Ketiga (trofi & wang tunai RM12,000)
    Hafiz – Noktah Cinta


    Vokal Terbaik
    Hafiz – Noktah Cinta


    Persembahan Terbaik (trofi & wang tunai RM10,000)
    Faizal Tahir

    Komen aku : Faizal memang layak menang persembahan terbaik cz gimik yg dia buat terjun dlm air tu menjadi... tapi vokal terbaik tu aku rase ade orang lain yg lagi best contoh black dia bawa lagu sofea jean tu best giler... ape2 pn keputusan adalah muktamad...


    Setelah sekian lama aku tidak berblog kini terasa ingin kembali semula.. kalau dulu aku berblog cerita pasal semangat jiwa remaja kini aku berblog sebab teruja dengan blog2 ibu yang ber"BREAST FEEDING" (BF). Diorang2 ni dalam tak sedar telah menyuntik semangat aku untuk BF fathi (my 3rd) son secara exclusive, walaupun anak aku dah 3 orang ini adalah kali pertama aku bagi full BF buat anak aku. Kesian SYAFI & SOFEA tak merasa susu ibu dia (ade tu ade la...tapi setakat dalam pantang je....). KENAPA aku tak BF kan diorang nanti aku ceritakan dalam entry yang lain..


    Untuk pertama kalinya aku perkenalkan anak2 ku yang cute miut..heee...