Mengapa anak yang ke-3 ini saya memilih untuk menyusukan dengan ASI.... ?




Semasa melahirkan SYAFI aku hanya dapat BF semasa proses berpantang sahaja itu pn dah campur FM pada minggu kedua kelahiran lagi...walaupun B aku kategori --kus semangat-- tapi susu tak banyak.... (masa tu takde ilmu lagikan). Lagipun masa tu aku duduk berjauhan dengan anak.. aku di Dungun.. anak di Seremban.. suami di Kuala Lumpur... bulan ke5 baru aku dibenarkan oleh mak untuk bawa anak aku ke Dungun... kerana dia risau aku tidak boleh jaga SYAFI n nak hantar kat umah orang untuk jaga...kecik sangat lagi..


Anak ke2 SOFEA... alhamdulillah selesai cuti bersalin aku dapat surat pindah ke Port Dickson, bersyukur sangat2. Tapi aku masih tak menyusukan anak dengan ASI...KENAPA YE? Akupn tak tau...maybe MITOS yang awal tu masih lagi ade dalam pikiran aku ni.


Semasa mengandungkan FATHI anak aku yang ke3.. dalam hati aku memang dah niat nak cube BF dia. Kebetulan mase kandungan aku dah 8 bulan.. tempat kerja aku ade wat KURSUS PENUSUSAN BAYI.. so akupn ambil kesempatan la untuk tambah ilmu... Alhamdulillah banyak juga yang aku belajar dari kursus tu.. Thanks tu HUDA kerana buat kursus penyususan susu ibu.


Bermula dari situ aku mula terjah blog2 momma2,mummy2 yang berFULL BREAST FEEDDING untuk menambah ilmu aku yang memang cetek mase tu. Aku mula kenal kenal pelbagai jenis pump..dan akhirnya aku telah membeli breast pump SPECTRA3 itupn yang 2nd hand (coz aku takut kalau beli mahal2 nanti susunya takde juga....).


Thanks so SARINA (aku jumpa dia kat blog susuibu) coz jual pump kat saya....(dia baru guna 5x pump).


Sekarang FATHI dah nak masuk 6month....n masih FULL BF... mudah2 stage1 ini berjalan dengan lancar dan dapat diteruskan hinggalah umurnya 2year.


Ini antara doa penyusuan yang aku amalkan;









0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah disini...