20 September 2011

Puting Luka Menyusukan Anak

Puting Luka menyusukan anak.... Aduh.. sakit eh...
Kadang2 rase ngeri je bila nak menyusukan fathi bile puting tengah luka.... nak2 pulak selepas dia dah tumbuh gigi.... geee...geeee Sakit... tapi ku tahankan jua...

Tadi baru terbaca artikel pasal mengatasi masalah puting yang senang luka kat blog Kak N;

Setiap ibu yang menyusu akan menyimpan banyak kenangan pahit dan manis sepanjang menjayakan penyusuan. Begitu juga dengan saya, menyusukan dua putera saya dengan lengkap selama lebih 2 tahun menyimpan banyak kenangan pahit manis yang tak mungkin saya lupakan.

Paling menakutkan apabila puting saya luka dan terkoyak sehingga doktor wanita yang saya temui ingat yang saya sengaja melukakannya. Memang nampak bodoh pertanyaan doktor tersebut namun dalam keadaan kita sakit, malas nak layan benda-benda remeh.

Selepas balik dari doktor, saya mengajak suami mencari nipple shield untuk saya gunakan menyusukan anak petang tu. Doktor ada bagi saya krim sapu, tetapi bila sapu krim tak dapat nak susukan anak, maka payudara sebelah menjadi bengkak sebab penuh dengan susu. So nak tak nak, letak krim dalam sejam, cuci semula utk susukan Nasa. Menitik airmata menahan sakit.

Tapi sebab saya rajin membaca tentang buku-buku kesihatan , antara yang saya ingat, segalanya adalah dari dalam tubuh. Dari sel membentuk organ, dari organ terhasilnya sistem. Untuk sembuh, kena pastikan sel kita sihat dan seterusnya sistem bertindak balas dengan baik untuk proses penyembuhan.

Antara vitamin yang saya amalkan on top of supplement penyusuan ialah Vitamin E dan Zinc. Saya amalkan dengan cara saya tersendiri , saya jadikan makanan ( vitamin) sebagai ubat saya dan bukan ubat doktor sebagai makanan. Dua perkara yang berbeza di situ.

Semenjak dari itu, baru saya tahu, nipple yang senang crack adalah disebabkan oleh kulit yang kering. Luka yang cepat baik adalah badan yang cukup dengan galian zinc dan vitamin C serta vitamin lain. Maka supplement Zinc dan Vitamin E antara dua vitamin yang sangat bagus ada dalam simpanan. Jika anda tidak amalkan setiap hari memadai bila kita perlukan vitamin dah sedia ada.

Ramai customer saya yang dah amalkan vitamin E mengakui bahawa kulit mereka lembab dan tidak kering.

Sekiranya anda seorang ibu menyusu dan sering mengalami luka pada puting susu bermakna anda melalui kulit yang kering dan kerana itu puting senang luka. So amalkan pengambilan vitamin E. Vitamin E dalam diet harian sangat sukar dipenuhi kerana ianya kompleks. Vitamin E antara vitamin antioksidan. Ia menghalang pembentukan sel tidak normal dalam tubuh. Vitamin E juga dikenali sebagai vitamin awet muda, membantu mengatasi masalah kedinginan rumahtangga dan bagus untuk mengurangkan kolestrol.

Banyak kelebihan vitamin E tanpa kita sedari. Semalam jumpa kawan lama di Marriot hotel, skin dia nampak sangat cantik. Bila ditanya apa yang beliau amalkan , beliau menjawab...." saya makan vitamin C, A dan E Shaklee kak sejak sebelum puasa, dan baru minggu lepas saya sedar kulit wajah saya sangat bersih"

So vitamin E bukan hanya untuk wajah tapi untuk kulit tidak kering dan bagus untuk ibu yang menyusu!

Nampak gayanya camni kene ambil balik vitE... masa fathi baru 5 bulan penah ambil SetB + VitE... pas dah abis tak penah lagi continue VitE... sebab tu kot bahagian niple tu makin kering je... 

Ya allah permudahkan penyusuan anak ku.... Amin

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah disini...