HB rendah ini selalunya dikaitkan dengan hemoglobin darah yang rendah. Hemoglobin adalah sejenis sel darah merah yang sangat penting untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Jika kekurangan hemoglobin seseorang boleh kelihatan pucat dan mungkin boleh mengalami pitam.


hb rendah pada ibu hamil


Jika dalam keadaan biasa pun kita digalakkan menjaga paras hemoglobin ini apatah lagi semasa hamil. Bila hamil sudah tentu bayi dalam kandungan memerlukan banyak sel darah merah untuk tumbesarannya.


Penyebab HB Rendah

  • kurang nutrisi contohnya zat besi, asid folik dan vitamin B12.
  • masalah buah pinggang
  • kehilangan darah mungkin dari pembedahan

 

HB Rendah Dan Kehamilan

Ibu yang hamil memerlukan 50% lebih zat besi daripada biasa. Jadi ibu-ibu jangan skip vitamin yang dibekalkan oleh doktor anda ye. 

Tanda-Tanda HB Rendah

  • pening
  • rasa letih dan tidak bermaya
  • sakit kepala
  • pucat
  • nafas yang pendek, termengah-mengah
  • tidak boleh memberi tumpuan
cara merawat anemia


Risiko Dan Kesan HB Rendah

  • keguguran
  • kelahiran bayi pra matang
  • bayi kecil
  • koma
  • meningkatkan kebarangkalian ibu meninggal dunia


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tagged: ,

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah disini...