Aduh... jerawat melanda
 
Apa itu jerawat? Jerawat adalah masalah kulit yang disebabkan oleh lebihan produksi kelenjar minyak (sebaceous gland) yang menyebabkan saluran folikel rambut dan pori-pori tersumbat.  Selalunya jerawat mudah tumbuh di bahagian muka, dada, belakang dan bahu (http://id.wikipedia.org/)

Jerawat sering muncul  antara umur 14 – 19 tahun yang dipengaruhi oleh perubahan hormon pada remaja lelaki dan juga perempuan.


Dari hasil penelitian menunjukkan sebanyak 85% populasi mengalami jerawat pada usia 12-25 tahun, 15% populasi mengalaminya hingga usia 25 tahun. Jika tidak diatasi dengan baik, gangguan jerawat adalah hingga usia 40 tahun.


Penyebab jerawat sering disalahtafsir. Ramai yang menganggap jerawat disebabkan oleh faktor kebersihan dan pemakanan. Misalnya makan kacang, coklat… boleh menyebabkan jerawat. Sebenarnya faktor2 di atas boleh memburukkan lagi keadaan, tetapi bukan punca jerawat.


Beberapa faktor penyebab munculnya jerawat antara lain:

  • ----> Stres
  • ---->Faktor keturunan dari orangtua
  • ---->Hormon : Salah satu faktor penting yang menyebabkan timbulnya jerawat adalah meningkatnya produksi hormon testosteron, yang dimiliki oleh tubuh lelaki maupun wanita. Hormon testosteron yang terdapat dalam tubuh lelaki maupun wanita menyebabkan timbulnya jerawat dengan merangsang kelenjar minyak (sebaceous gland) untuk memproduksi minyak kulit (sebum) secara berlebihan.
  • ---->Kelenjar minyak yang hiperaktif
  • ---->Bakteri di pori-pori kulit
  • ---->Iritasi kulit
  • ---->Anabolic steroid
(*credit to ghs,alinalan.blogspot.com)

Cara mencegah jerawat:

--->Cuci muka dengan pencuci yang halal dan kurang bahan kimia
--->Kurangkan penggunaan syampu atau minyak rambut yang berminyak.
--->Makan banyak buah-buah, sayur dan air secukupnya.
--->Dapatkan rehat secukupnya.
--->Supplement yang membantu untuk mencegah jerawat:
  • B Complex – membantu menstabilkan hormon dan emosi
  • Vitamin C – menjaga kesihatan kulit  
  • Vita Lea – vitamin dan mineral lengkap, antaranya membantu dalam metabolisma gula. Jika anda ada masalah dengan metabolisma ini, anda terdedah kepada jerawat.
--->Supplement untuk merawat Jerawat:
  • Vitamin E – membantu mengurangkan parut
  • Zinc Complex – melegakan ketidakselesaan akibat jerawat dan menyembuhkan kulit yang rosak
  •   GLA Complex – menyembuhkan kulit yang rosak 

3 comments:

  1. Assalamualaikum sis.

    Saya ada menyediakan perkhidmatan design cover timeline, header blog, template blog dll. Harga cover TL serendah RM15-20!

    Sis boleh PM inbox saya jika berminat.
    Portfolio header & cover TL & Template blog ada di link: http://www.myravea.com/2010/12/tempahan-header-kini-dibuka.html

    email: myravea@yahoo.com

    TQ :)

    ReplyDelete
  2. Just nk share...gunakan minyak zaitun utk rawat jerawat.. Campurkan 1 sudu besar minyak zaitun dengan 4 sudu garam, kacau sebatian untuk beberapa minit, sapu pada bahagian wajah anda yang ditumbuhi jerawat, biarkan seketika, kemudian bilas wajah dengan menggunakan sabun pencuci muka... neway cara ini juga berkesan utk hilangkan jerawat.. :)

    ReplyDelete
  3. Ika nak kongsi product penjagaan kulit..Jom lawat website ika di
    www.zurieka.com

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi singgah disini...