Ramai ibu yang mencari cara terbaik nak banyakkan dan tambah susu
ibu, terutama bila susu badan dah kurang dari biasa, tatkala ibu dah
mula bekerja.
Konsep utama dalam mebanyakkan susu ibu adalah:
PENGELUARAN berkadar terus dengan KEPERLUAN
Apakah yang dimaksudkan dengan pengeluaran berkadar langsung dengan keperluan? Atau supply vs demand?
Ia bermakna susu yang dihasilkan oleh ibu berkadaran dengan susu yang diperlukan oleh anak atau bayi yang disusukan.
Bayi minum banyak, maka susu badan yang dihasilkan adalah banyak.
Bagaimana pula dengan susu banyak dan berlambak macam ni?
Ya, ia masih mengekalkan konsep yang sama -
pengeluaran vs permintaan.
Jadi untuk mendapatkan susu yang banyak macam tu ibu kena
BANYAKKAN PERMINTAAN terhadap susu ibu.
1.
Melalui hisapan bayi ==> Kerapkan Menyusu terutama di awal kelahiran
2.
Mengepam ==> samada gunakan pam susu atau pun menggunakan tangan (teknik Marmet)
Bagaimana dengan makanan tambah susu, milk booster, pil tambah susu semua tu? Adakah tak berkesan?
Ibu harus tahu, konsep penyusuan seperti di atas adalah mutlak. Walau
bagaimana bagus pun milk booster yang ibu telan, ibu perlu
mengepam dan
menyusukan secara konsisten untuk mendapatkan susu yang banyak.
Milk booster yang terbaik adalah yang membekalkan nutrisi buat ibu
secara keseluruhan, dengan kata lain bukan sekadar ‘mengaktifkan hormon
penyusuan’ tapi menjadikan tubuh ibu ‘fit’ untuk menyusukan dan menjaga
anak di samping menjalankan aktiviti harian dengan tenang dan gembira.
Ibu juga perlu berada dalam keadaan tenang dan gembira agar hormon
oxytocin yang bertindak mengeluarkan susu dari payudara ibu dapat
dirembes dengan baik.
Jadi ibu memerlukan bukan saja pemakanan dengan nutrisi seimbang
malah mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh
tubuhnya dan mood-nya. Tahukah anda mood juga boleh dipengaruhi oleh
pemakanan?
Makanlah makanan seimbang, halal, penuh nilai nutrisi dan lengkap untuk keperluan tubuh hingga ke peringkat ODA.
 |
Breastdfeeding SeT |
Read more http://vitaminsemulajadi.com/
Berminat untuk mencuba supplement shaklee boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma.
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi singgah disini...