Puting Luka menyusukan anak.... Aduh.. sakit eh...
Kadang2 rase ngeri je bila nak menyusukan fathi bile puting tengah luka.... nak2 pulak selepas dia dah tumbuh gigi.... geee...geeee Sakit... tapi ku tahankan jua...

Tadi baru terbaca artikel pasal mengatasi masalah puting yang senang luka kat blog Kak N;

Setiap ibu yang menyusu akan menyimpan banyak kenangan pahit dan manis sepanjang menjayakan penyusuan. Begitu juga dengan saya, menyusukan dua putera saya dengan lengkap selama lebih 2 tahun menyimpan banyak kenangan pahit manis yang tak mungkin saya lupakan.

Paling menakutkan apabila puting saya luka dan terkoyak sehingga doktor wanita yang saya temui ingat yang saya sengaja melukakannya. Memang nampak bodoh pertanyaan doktor tersebut namun dalam keadaan kita sakit, malas nak layan benda-benda remeh.

Selepas balik dari doktor, saya mengajak suami mencari nipple shield untuk saya gunakan menyusukan anak petang tu. Doktor ada bagi saya krim sapu, tetapi bila sapu krim tak dapat nak susukan anak, maka payudara sebelah menjadi bengkak sebab penuh dengan susu. So nak tak nak, letak krim dalam sejam, cuci semula utk susukan Nasa. Menitik airmata menahan sakit.

Tapi sebab saya rajin membaca tentang buku-buku kesihatan , antara yang saya ingat, segalanya adalah dari dalam tubuh. Dari sel membentuk organ, dari organ terhasilnya sistem. Untuk sembuh, kena pastikan sel kita sihat dan seterusnya sistem bertindak balas dengan baik untuk proses penyembuhan.

Antara vitamin yang saya amalkan on top of supplement penyusuan ialah Vitamin E dan Zinc. Saya amalkan dengan cara saya tersendiri , saya jadikan makanan ( vitamin) sebagai ubat saya dan bukan ubat doktor sebagai makanan. Dua perkara yang berbeza di situ.

Semenjak dari itu, baru saya tahu, nipple yang senang crack adalah disebabkan oleh kulit yang kering. Luka yang cepat baik adalah badan yang cukup dengan galian zinc dan vitamin C serta vitamin lain. Maka supplement Zinc dan Vitamin E antara dua vitamin yang sangat bagus ada dalam simpanan. Jika anda tidak amalkan setiap hari memadai bila kita perlukan vitamin dah sedia ada.

Ramai customer saya yang dah amalkan vitamin E mengakui bahawa kulit mereka lembab dan tidak kering.

Sekiranya anda seorang ibu menyusu dan sering mengalami luka pada puting susu bermakna anda melalui kulit yang kering dan kerana itu puting senang luka. So amalkan pengambilan vitamin E. Vitamin E dalam diet harian sangat sukar dipenuhi kerana ianya kompleks. Vitamin E antara vitamin antioksidan. Ia menghalang pembentukan sel tidak normal dalam tubuh. Vitamin E juga dikenali sebagai vitamin awet muda, membantu mengatasi masalah kedinginan rumahtangga dan bagus untuk mengurangkan kolestrol.

Banyak kelebihan vitamin E tanpa kita sedari. Semalam jumpa kawan lama di Marriot hotel, skin dia nampak sangat cantik. Bila ditanya apa yang beliau amalkan , beliau menjawab...." saya makan vitamin C, A dan E Shaklee kak sejak sebelum puasa, dan baru minggu lepas saya sedar kulit wajah saya sangat bersih"

So vitamin E bukan hanya untuk wajah tapi untuk kulit tidak kering dan bagus untuk ibu yang menyusu!

Nampak gayanya camni kene ambil balik vitE... masa fathi baru 5 bulan penah ambil SetB + VitE... pas dah abis tak penah lagi continue VitE... sebab tu kot bahagian niple tu makin kering je... 

Ya allah permudahkan penyusuan anak ku.... Amin
Masa aku belum kawin dulu, aku selalu tolong kakak aku jaga anak2 diorang. Kebetulan anak k.ngah aku memang mak aku jaga dari kecik lagi... jadi diorang memang sentiasa ade kat umah... Rib'ie, Nuha, Sumayyah... kecuali Syuhada nenek belah ayah dia yang jaga...

Bantal bucuk ni memang sinomin dengan kanak2, cuma ade juga yang mengantikan bantal bucuk ni dengan teddy bear, kain napkin dll....

Dalam ketiga2 anak buah aku yang mak aku jaga tu ade sorang ni feberet dia isap baju... depan baju tido dia tu ade gambar strawberry yang besar... mula2 kiteorang tak perasan tabiat dia ni... dah lame2 baru terperasan.. korang nak tau... gambar strawberry kat baju dia tu.. sampai nak berkulat di isapny.... Kalau kiteorang ambik dia marah menangis... bagi kain lain dia tak nak... Last2 abang ajoi aku ambik baju tu dan bakar depan dia... dia tengok la baju tu terbakar... pastu abang aku cakap kat dia baju dah takde... Yang aku heran ok pulak dia... takde marah bile tgk baju dia kene bakar... 

Nak dijadikan cerita... anak aku yang no2 tu pn ade tabiat yang same... punca dia berkepit dengan kain ni ialah sebab aku taknak bagi dia isap punting macam abang dia.. so biarkan dia isap jari...tapi mase tido aku letak letak la kain napkin sekali... mula2 ingat dia isap jari je.. upe2nye sambil isap jari dia akan hidu bau kain yang dia pegang tu...

Yang kelakar.. ade sekali tu dalam kereta... ingatkan dia buat ape.. upe2nye sebelum dia bau kain tu dia akan pusing2 cari bahagian yang dia bau best.. pastu dia isap kain tu cikit.. then baru dia isap jari kain tu dia bau... betuahnye anak... macam2..



Mak
Raut wajah mu menggambarkan seribu makna
Tangan mu banyak berbakti dalam membesarkan kami sekeluarga
Kasih sayang mu tiada tolak bandingnya

Mak 
Maaf sekiranya ada ketelanjuran kata dalam berbicara
Maaf sekiranya ada gerak laku yang menghiris jiwa
Sesungguhnya anakmu ini banyak kekurangannya
Namun engkau tetap No1 dijiwa

Selamat Hari Lahir Mak...
Love U


5 tahun kite bersama
suka duka diharungi bersama
syafi, sofea & fathi penyeri keluarga
semoga hidup kite kekal bahgia
hingga ke hujung usia…

Terima Kasih Abang

kerna menjadi separuh dari semangat hidup ini
walaupn ada tikanya guruh.. petir... sering terjadi
harap ikatan antara kita akan kekal abadi…

Terima Kasih ALLAH
kerana mempertemukan kami
limpahkan kebahagian & keberkatan kuat keluarga kecil kami..
amin.