Robot Competition & Innovation Project ni adalah event untuk student final semester bagi jabatan mekanikal dimana ada 2 program yg berlangsung serentak iaitu;

ROBOT COMPETITION - melibatkan student semester akhir bagi couse DEM - Diploma Mekanikal (Mekatronik)

INNOVATION PROJECT - melibatkan semua pelajar semester akhir bagi couse mekanikal yang lain iaitu (DTP - Diploma Teknologi Pembuatan) , (DKM - Diploma Kejuruteraan Mekanikal Am) , (KSS - Kursus Secara Sambilan - ini untuk pelajar part time - mereka grad dengan Diploma Kejuruteraan Mekanikal Am)

Mama tak sempat nk snap gambar semasa competition robot berlangung sebab terlupa bawa camera... dalam pertandingan ini robot yang direka harus memenuhi syarat yang telah ditetapkan dan akan melalui task iaitu robot perlu menaiki sebanyak 7 anak tangga...

Sebanyak 17 robot yang atau kumpulan yang bertanding dalam competition ini;

Juara - Kumpulan Extreme Stair Robot. sorry gambo juara takde
            membawa pulang  wang tunai RM500 + sijil + trofi + hamper

Tahniah kepada yang semua yang telah menjayakan aktiviti ini.
To all my final student GOOD LUCK for final exam this April...

ni antara gambar robot yang ada dalam simpanan... ambik kat outlook ofis..

stair bot robot

top gun robot
ni tak ingat namany....


As'salam... semua...
Mama penat cikit minggu ni... sampai tak sempat nak jengah blog... banyak cerita nk tulis tapi masa takde...
3-4 hari lepas anak mama Sofea & Fathi di serang demam+selsema+batuk2.... selang sehari en.suami pulak diserang penyakit yang sama akibat berhujan pergi n balik kerja..

Awal bulan aritu Sofea sudah diserang demam... ni baru nak berisi badan dah demam balik... kesian anak mama... hingga harini panas badan dia ON OFF kejap OK kejap PANAS semula...

Fathi demam dia dah OK cuma selsema+batuk tak OK lagi....

En. Suami... semalam dh OK sikit takde macam hari pertama demam... nak ketawa pn ade jugak tgk gelagatny jahatny isteri.. rasenya ni first time en.suami demam teruk sampai geigil2... sejak dari awal perkahwinan kami.

Time2 gini mama+wife ni penat la cikit... tido malam pn macam tak tido duk melayan kerenah 2 anak yang meragam tu...., nasib baik suami tak banyak karenah...

Ade ke suami yang demam karenah macam anak kecik? suami anda bagaimana?

Waktu2 begini tercari petua apa yang sepatutnya dilakukan bila anak kita kene serang 3 penyakit berjangkit ni... DEMAM + SELSEMA + BATUK

Buka2 je tgk blog Mommamia ade post pasal anak jatuh sakit... seperti pucuk dicita ulam mendatang....


ARTIKEL 1
4 PERKARA PERLU LAKUKAN BILA ANAK JATUH SAKIT.

Perkongsian yang sangat manfaat untuk ibu-ibu... Apa yang perlu buat bila anak demam, batuk atau selsema? Saya suka perkongsian ibuaddinnasa ni...Thanks kak N.

 
1. Hantarkan sedikit portion duit utk sedekah niat minta anak cepat sembuh. petua orang lama bila anak jatuh sakit....

2. Saya akan bangun pada setiap malam utk menyapu minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak...dalam jam1-2 pagi , petua orang Cina yang saya belajar utk kurangkan kahak.

3. Saya akan mandikan anak saya 3 kali sehari demi memastikan suhu badan anak saya stabil. Memang ada pendapat bila anak selsema tak perlu mandi tetapi saya dapati bila kita buat begitu, kahak akan menebal dari selsema cari kepada yang lebih pekat...maka petua mandikan anak 3 kali sehari sangat membantu si kecil menghembuskan cecair yang tersumbat dalam hidungnya setiap kali lepas mandi. Saya akan mandikan mereka seawal 8 am, 1 tengahari dan 5 petang. Sapukan minyak telon atau minyak burung unta setiap kali selepas mandi di ubun2, belakang telinga, tapak tangan, tapak kaki, dada, bahagian belakang badan serta betisnya. Vi***s bukanlah satu yang disarankan digunapakai walaupun ianya tertulis khas untuk kanak2.... (saya tiap2 mlm guna Vi***s sapu kat dada anak.. kunun nak kasi redakan batuk... patut la tak baik2)

4. Memandangkan bf, saya pastikan pengambilan vitamin C (yg dipatah dua utk serapan yg lebih) dan immune booster...seperti Nutriferon. Susukan bayi sekerap mungkin.


Semoga perkongsian ini membawa manfaat. Ni alin nak tambah - Boleh juga di nap dengan Basic H Shaklee, ia mampu menyerap panas badan anak sebanyak 3 kali ganda dari air biasa. Alhamdulillah ia memang berkesan. Boleh juga refer entry ni.
ARTIKEL 2
LEGAKAN SELSEMA DAN DEMAM RINGAN
bacaan lanjut klik pada tajuk...

Bila baca artikel ni... terasa nak order performance driks & Basic H pulak... tgh mengira budget...

 
 Ni la aksi Fathi memanjat...

Lagi 1week fathi dah nak masuk 8month... sekarang 2nd hero mama ni tgh aktif memanjat nak berdiri.... tapi merangkak n duduk belum lagi... asalkan mama letak je kat lantai dia akan cari tempat untuk berdiri... tak kira la babycot.. kerusi... org2 yang berada berdekatan dengan dia pun abis dipanjat2 nye....

Time2 camni memang mama takleh terleka ckit.. kalau tak tau2 dia dah menangis... terjatuh ke lantai... ape lagi..kunun nak buat aksi lepas tangan... tak sedar diri.... berdiri pn tak tegap lagi...ade hati nak lepas tangan... Adik...adik... geram mama...

Kat umah my mother ni ade tangga kat dalam umah...tangga kayu...

Ade satu hari tu fathi macam biasa akan pegi kat tangga nak berdiri kebetulan kat tangga tu ade botol air abang dia... so dia macam tertarik nak ambil...

Masa anak tangga pertama mama pandang kn je dulu tgk dia nak berdiri tak... mama tgk dia dah angkat pungung..tangan kat anak tangga ke dua... tiba2 dia angkat kaki naikkan kat anak tangga pertama n tangan dah capai anak tangga ke tiga...

Mama jadi excited... mama alihkan botol tinggi sikit... fathi pn ape lagi angkat kaki letak ke anak tangga ke dua pulak... sambil tu mama jaga dia dari belakang... kang kalu biarkn jatuh pulak anak mama ni...

Akhirnya dia berjaya naik kebahagain atas rumah... ni bermakna fathi dah melangkah untuk memanjat 6 anak tangga... Wahhh hebat anak mama... tapi tu la sekali pastu fathi tak panjat tangga tu lagi dah... so tak sempat nak snap aksi dia...

pic from en.google

p/s: perkongsian ilmu dr mommamia & ibu addinnasa

Ada banyak perkara yang pada dasarnya perlu kita ambil berat jika kita benar-benar ingin menyusukan anak. Namun bukan semua ibu terutama ibu-ibu yang kurang pendedahan mengenainya mengambil endah perkara yang sepatutnya dan tidak sepatutnya dilakukan.

Melalui pengalaman saya sendiri serta pengamatan saya sebenarnya untuk menyusukan anak perlulah lahir semasa bayi di dalam kandungan lagi. Persediaan mental dan jasmani sangat-sangat penting. Beberapa amalan yang saya belajar sendiri untuk penyusuan bayi adalah ;

1. Banyakkanlah membaca Al-Quran sepanjang masa. Bukan sekadar mengaji tetapi kita perlu mengkaji. Maksud saya kita perlu tahu atas segala surah dan keperluan surah tersebut dalam kehidupan seharian. Allah menjadikan kita Al-Quran bukan sekadar penghias almari mahupun penghias rumah tetapi bekalan kerohanian sepanjang hayat. Pengisian rohani sangat penting kerana untuk menyusukan anak memang banyak dugaannya. Tidaklah semudah yang disangka. Ia tidak boleh sekadar bergantung dengan niat semata-mata. Ia perlukan usaha ke arah itu.
2. Miliki buku-buku bacaan mengenai bagaimana menjadi ibu yang berjaya menyusukan anaknya... bukan sekadar berjaya dalam kerjaya tetapi berjaya membangunkan sunnah dan agama di dalam keluarga. Saya sendiri mendapatkan banyak info tentang bayi dan penyusuan dari buku-buku yang dijual di kedai buku. Bukulah teman akrab saya. Setelah itu baru saya berjinak-jinak dengan forum penyusuan.

3. Berkawanlah dengan ibu-ibu yang berjaya menyusukan anaknya. Kurangkan pergaulan dengan ibu-ibu yang hanya mementingkan diri sendiri berbanding anaknya. Golongan ini tidak membantu kita memotivasi untuk terus menyusukan anak sebaliknya mereka akan lebih pro kepada susu formula.

4. Pengambilan supplement digalakkan bagi ibu yang menyusukan anaknya. Ada yang bertanya....mengapa perlu ambil sedangkan saya tidak pernah skip even one meal? Supplement sangat-sangat penting agar badan kita tidak mudah letih. Jika kerjaya seseorang itu memerlukan lebih perhatian dan adakala boleh mengakibatkan keletihan mahupun stress , ini boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu.Terlalu memikirkan tentang kuantiti susu ibu juga boleh menjejaskan pengeluaran. Ini kerana ia mengakibatkan perubahan hormon dalam badan dan secara langsung memberi impak yang besar ke atas production susu.

5. Kurangkan mengambil makanan yang boleh menyejukkan urat...antaranya pengambilan makanan dan minuman yang sejuk. Masih saya ingat bidan saya menegur saya memakan coselaw...katanya boleh makan kerana jamah tetapi tidak boleh banyak kerana ia sejuk dan mengakibatkan susu terjejas. Begitu juga dengan pengambilan minuman sejuk yang berais mahupun meminum air yang berkarbonat. Ia boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu mungkin bukan hari ini tetapi esok lusa lambat laun susu ibu akan berkurang.

6. Berurut sekali sekala. Selain memanjakan diri berurut juga membantu pengaliran darah yang lebih lancar. Apabila ini berlaku dengan mudah susu akan mengalir tanpa ada sebarang masalah. Di samping itu mandilah dengan air suam tetapi bukan dengan air sejuk kerana dikhuatiri urat akan sejuk dan seterusnya susu akan kurang pengeluarannya.

7. Pump session bagi ibu yang bekerja dan stok ebm.... sangat penting.Pump session penting agar badan mudah untuk stimulate milk sepanjang ibu bekerja.Stok ebm.... Ianya akan lebih bermanfaat apabila si ibu perlu outstation ataupun berada dalam keadaan tidak sihat bayi akan tetap mendapat susu yang terbaik.
8. Bertawakal dalam segala urusan yang berkait dengan anak. Bermula dengan doa iaitu keperluan kerohanian diikuti dengan keperluan jasmani....kini kita bertawakal. InsyaAllah jika ini terus dipraktikkan, penyusuan susu ibu pasti akan berjaya mencecah 2 tahun! Allah akan bukakan jalan bagi mereka yang ada kemahuan.

Sekiranya ada mana-mana tips yang saya mungkin terlupa untuk dikongsi... bolehlah tambah. Saya juga masih lagi belajar untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak saya!


"Ya Allah engkau permudahkanlah perjalanan penyusuan ku untuk zuriatku"
Amin...

Ni la gruponye...bubur yang aku masak untuk Fathi...


Sudah nak masuk sebulan Fathi mula kenal solid food... Masa fathi 5 bulan mak aku dh sibuk2 suruh kasi fathi makan.... sebab dia tengok anak aku tu terkulat2 bile tgk orang lain makan... Tapi aku cakap kat mak aku.. sabor le dulu biar fathi 6 bulan baru mula kasi makan....

Masa minggu pertama kasi fathi solid food aku masakkn bubur kosong je dulu... aku masakkn nasi tu betul2 kembang.. sebelum kasi kat dia aku blend dulu bagi halus... takut tecekik pulak dia first time makan...
Reaksi fathi first time makan solid food sungguh teruja...(tapi takde pic. pulak).. dia makan bersungguh2 macam orang kelaparan pun ade..... Aduhai anak seronok mama tgk Fathi makan...

Dah masuk sebulan ni macam2 bahan aku campurkan dalam bubur dia... kadang2 nasi+carrot, nasi+potato, nasi+fish, ayam cingang pn aku dh penah buat....

Dah nak sebulan bagi fathi solid food baru aku teragak nak cari info resepi2... sebab aku rase makanan anak aku macam tak virety pulok..

And aku terjumpa la artikel yang cakap kalau baby dlm umur 6-7bln tak sesuai diperkenalkan dengan kekacang, makanan laut... takut ade alah.... Alhamdulillah...so far fathi takde alahan ape2...

Tapi info yang aku dapat dari blog sarakids ni mmg bagus.... n ingat nak cube campurkan nasi+buah2 pulak la... n jangan lupe campurkan susu ibu dalam nasi... (agak2ny lagi bersemangat le Fathi makan t....)

Nenek kata...dah tak larat nak angkat fathi sekarang....



Pantas sungguh masa berlalu..
fathi 7 month