Mungkin jarang antara kita yang pernah mendengar tentang selenium. Ia adalah trace mineral yang amat penting untuk kesihatan. Selenium membantu dalam mencegah kanser.

Di dalam tubuh kita, selenium adalah komponen dalam sejenis enzim yang dipanggil glutathion peroxidase. Enzim ini wujud dalam cecair di dalam dan sekeliling sel dalam tubuh kita. Tugasnya ialah menjaga sel dari dirosakkan oleh oksigen tak lengkap (radikal bebas) yang boleh menjadi punca kanser.

Selenium bekerja bersama-sama dengan Vitamin E yang terletak di dalam selaput sel untuk mempertahankan sel dan tisu badan kita daripada dimusnahkan.
Atas sebab itulah vita-E complex Shaklee (400IU) yang diperbuat daripada sumber semulajadi diperhebat dengan 10mcg selenium bagi melengkapkan fungsi vitamin E. 

Selenium, perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit, namun tidak ada general rule tentang pengambilan selenium. Selenium tidak boleh diambil melebihi 100mcg sehari kerana ia boleh menjadi toksin dalam tubuh. 

Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada laporan tentang keracunan selenium di kalangan manusia, namun kesan selenium berlebihan boleh menyebabkan keguguran rambut dan kuku serta masalah terhadap sistem saraf.

Selenium boleh diambil secara semulajadi dengan memakan makanan laut, organ lembu dan bijirin penuh. Namun masalah tanah pertanian yang mengalami masalah kekurangan nutrisi (dalam tanah) menyebabkan kandungan selenium dalam tumbuhan adalah berbeza-beza. Manakala buah-buahan dan sayuran hanya mengandungi sedikit saja selenium.

Menurut kajian, penduduk di kawasan yang mempunyai tahap selenium yang tinggi dalam air minuman mereka, menjalani hidup yang lebih sihat dengan low cancer rate dilaporkan. Manakala penduduk di kawasan yang mengalami kekurangan selenium, lebih terdedah kepada risiko kanser.
Jadi, pilihlah makanan anda.

Dapatkan Vita-E Complex lengkap dengan selenium.

Lihat kandungan Vitamin E yang anda ambil

Antara khasiat lain yang anda boleh perolehi dari pengambilan Vitamin E

  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara
  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
  • Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
  • Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.


Tagged: , ,

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah disini...