JARINGAN GOL: MALAYSIA (1-1) INDONESIA
PENALTI: MALAYSIA (4-3) INDONESIA

Alhamdulillah...Tahniah kepada Skuad Bola Sepak Harimau Muda, Malaysia kerana berjaya menerkam emas daripada disambar oleh Garuda, Indonesia dengan kemenangan sepakan penalti 4-3. Ratusan ribu penyokong membanjiri Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

Sebelum kemenangan penalti, Malaysia terikat seri satu sama dengan pasukan lawan apabila gol Malaysia dijaringkan oleh Asrarudin Putra Omar pada minit ke-35, manakala gol dari pasukan Indonesia dijaringkan oleh Gunawan pada minit ke-5. Walaupun gol Asra nampak macam tidak bersedia... kelakarpn ade...tapi gol itu le penyelamat yang membawa malaysia ke masa penalti....

Kekalahan Indonesia pada edisi ini begitu parah tambahan pula beraksi di tempat sendiri dengan harapan dapat lagi membawa pingat emas yang disandarkan oleh 270 Juta rakyat Indonesia. Kehampaan, ketidakpuas hatian dan ada yang menangis pada penyokong Garuda dapat disaksikan di kaca tv semalam dan berikutan itu, penyokong lautan merah dengan sekelip mata meninggalkan Stadium Gelora Bung Karno.


Sebelum ini Indonesia dikecam habis-habisan dalam perlawanan antara Malaysia dan Indonesia pada Khamis lepas (17/11/2011), apabila penyokong Indonesia yang berada di stadium tersebut tidak menghormati lagu "Negaraku" yang sedang berkumandang sebelum sepak mula. Malah apa yang aku sendiri saksikan di tv pada final semalam pun sebelum sepak mula, penyokong Garuda ini mengulangi perkara yang sama, lagu "Negaraku" yang berkumandang sebelum sepak mula diharu birukan dengan bunyi bising dan tiupan wesel.


Namun semua itu tidak akan mematahkan semangat Harimau Muda, kerana bahaman demi bahaman berlaku di atas padang walaupun cakaran demi cakaran yang dilakukan oleh burung Garuda pada masa tambahan begitu ketara. Sehingga Malaysia dan Indonesia terikat dengan seri satu sama dan melayakkan perlawanan kepada sepakan penalti. For the last, yeahhh Malaysia juaranya!


MALAYSIA TERHEBAT!
p/s: aku geram tul ngan fakri... layu le sepakan ko...
tahniah kapten badrul...

berita dipetik dari blog ini..

pic from en. google
Beri Bayi anda makan menggunakan BOTOL SuSu... PERNAHKAH ANDA?

Ooooohhh... saya pernah melakukannya... buat anak pertama saya (Syafi) dan kedua saya (Sofea).... Masa tu saya tidak menyusukan mereka secara exclusive... baru sebulan dua dan minum susu cap lembu....kesian anak2 saya...

Kebanyakkan ibu yang tidak BF anak mereka secara exclusive sehingga enam bulan pertama... akan terdedah untuk memberi bayi mereka makan dengan menggunakan botol susu.

Contohnya saya sendiri la... apabila anak saya masuk empat bulan emak saya dah sibuk2 suruh campurkan nestum dalam susu yang diberikan kepada anak saya sekurang2nya sehari sekali... atas alasan bayi tu tidak kenyang... sebab tu la dia asyik menangis nak susu je.... Anda pernah alami..?

Kalau ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan bayi tiap2 bulanpn... walaupun mereka mengatakan pemakanan bayi adalah selepas enam bulan, tetapi kalau mase empat bulan tu kite bagitau kite dah campurkan nestum dalam susu bayi untuk bagi bayi makan... Ade dia marah? Paling tidak nasihatnya nak kasi boleh tapi jangan kerap... n campurkan sedikit je.... Aduhai nurse...Ooo nurse...

Alhamdulillah... untuk anak ketiga ni (fathi)... saya tak pernah bagi dia makanan cerial/nestum etc... sejak hari pertama dia kenal makanan... macam dalam entry ini..>>>

Kat sini saya nak kongsi info yang saya baca berkaitan dengan tajuk kat atas tu yang saya petik dari majalah wanita februari 2010.
  
Kajian mendapati amalan popular iaitu memberi bayi makanan pepejal atau jus buah-buahan pada usia terlalu muda (enam minggu hingga tiga bulan) adalah membahayakan bayi.
Makanan pepejal sepatutnya diberikan ketika bayi berusia enam bulan. Pemberian makanan pepejal yang terlalu awal akan membahayakan sistem penghadaman bayi yang belum matang dan boleh menyebabkan alahan.
            Sesetengah ibu bapa selesa memberikan anak mereka makan dengn menggunakan botol susu. Walaupun makanan pertama bayi adalah sangat cair, anda tidak boleh menggunakan botol susu yang dibesarkan lubang putingnya untuk memberinya makan. KENAPA?
            Ia boleh menyebabkan bayi tercekik kerana bayi tidak dapat mengawal makanan tersebut masuk ke dalam mulutnya. Ia juga melambatkan proses bayi belajar menggigit, mengunyah, menelan, menunggu untuk suapan seterusnya dan berhenti apabila kenyang. Ini adalah asas untuk tabiat makanan yang baik. Melambatkan untuk bayi belajar kemahiran yang berkaitan dengan otot-otot lidah seperti kemahiran bertututr.
Jika bayi anda tidak bersedia untuk makan dengan menggunakan sudu, maka dia belum juga bersedia untuk makan makanan pelengkap. Ingat, botol susu hanya untuk susu atau air kosong sahaja, bukan untuk makanan dan bukan juga untuk jus. 

Pss... kengkawang kalau nak cari menu solid food untuk baby....cube la terjah blog ni... Menu yang mudah & cepat...

Salam Jumaat buat semua...
Hari ni saya nak kongsi sikit kelebihan / fadhilat membaca al-fatihah....

Antara fadhilat membaca Al-Fatihah:
1. Menggamit ingatan seseorang (suami, isteri, anak-anak dan keluarga) terhadap kasih sayang dan tanggungjawabnya kepada diri anda dan keluarga.
[Baca 14kali sebelum tidor]
2. Mengubati penyakit-penyakit dalaman.
[Baca 41kali dan tiupkan ke dalam air minuman. Minum dan gunakan untuk mandian.]
3. Untuk penyakit-penyakit yang berkaitan dengan mentaliti.
[Baca 7kali apabila kepala seseorang rubbing pada waktu pagi sekali dan waktu malam sekali setiap hari tanpa henti.]
4. Apabila terasa sangat sakit.
[Baca 3kali dan tiupkan ke dalam air dan minum. Kemudian baca al Fatihah ketika rubbing di bahagian yang terasa sakit.]
5. Untuk bayi yang sering menangis pada waktu malam.
[Baca 7kali di bahagian kepala bayi]

Kesemua di atas, InsyaAllah akan berkesan jika apa yang kita lakukan adalah mengharapkan keberkesanan daripada-NYA dan mempercayai bahawa surah Al Fatihah adalah penawar bagi segala-galanya. Baca dengan khusyuk dan bertawakal kepada ALLAH… Yang penting adalah niat kita; yakin dengan ketentuan Ilahi dan apa yang kita lakukan.
Salam sayang buat semua...
Selamat berpumping ibu2 menyusu.....
Buat kawan2 yang baru nak memperjuangkan breastfeeding... chaiyok!! chaiyok!!...

Dalam n3 sebelum ni.... kat sini... saya ade ceritakan kebaikan dan perubahan yang saya perolehi sepanjang saya mengamalkan suplement shaklee SET B.

Apa ada dalam SET B ni?
SET B terdiri daripada 3 vitamin asas iaitu multivitamin yang dikenali sebagai Vita-Lea (juga merupakan killer product SHAKLEE ye..), B Complex dan Vita-C. kemudian, kami beri 60 biji Alfalfa PERCUMA, yang mana Alfalfa ini mempunyai 1001 macam kegunaan untuk tubuh kita.

Siapa yang sesuai ambil SET B ni ye?
  1. Mereka yang menyusukan anaknya
  2. Para isteri dan suami
  3. Wanita yang bakal menjadi isteri
  4. Mereka yang bermasalah dalam keletihan, moody, senang marah, cemburu, keputihan, kencing kurang lawas
  5. Mereka yang mempunyai masalah kritikal boleh mendapatkan trial pack untuk merasakan perbezaan kesihatan namun perlu dibimbing dan atas nasihat pakar kesihatan seperti doktor.
  6. Mereka yang mempunyai masalah jerawat, wajah kusam, rambut mudah gugur, kuku yang bertanda warna putih, kaki yang keras (kulit kaki pecah2).
basically, tidak terhad kepada mereka yang menyusukan anak ye.. lelaki boleh makan alfalfa? of course boleh. cuma bagi kaum wanita, ada manfaat extra apabila kita makan alfalfa ;-)

"boleh terangkan tak each and every function vitamins kat dalam SET B ni?"
credit to Kak N (^_^)
Thanks for alin pinjamkan gambar..
 a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.
Iron penting ye untuk otak kita. Saya akan explain dalam entry yang lain.
b) B Complex

Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.

Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C

Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa

Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas) dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd baby..susah nak kena kembung.

Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.
(PERINGATAN: ALFALFA TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE @ LUPUS)
tulah penerangan tentang suplemen-suplemen dalam SET B. then, kepada yang ada budget extra, boleh tambahkan suplemen-suplemen lain dari semasa ke semasa, mengikut keperluan. macam bf mommies, bolehlah nak add-on ostematrix, ESP, PD, omega guard dan sebagainya. 
 
artikel ni dipetik dari blog alin