Showing posts with label Solid Food. Show all posts
Showing posts with label Solid Food. Show all posts

pic from en. google
Beri Bayi anda makan menggunakan BOTOL SuSu... PERNAHKAH ANDA?

Ooooohhh... saya pernah melakukannya... buat anak pertama saya (Syafi) dan kedua saya (Sofea).... Masa tu saya tidak menyusukan mereka secara exclusive... baru sebulan dua dan minum susu cap lembu....kesian anak2 saya...

Kebanyakkan ibu yang tidak BF anak mereka secara exclusive sehingga enam bulan pertama... akan terdedah untuk memberi bayi mereka makan dengan menggunakan botol susu.

Contohnya saya sendiri la... apabila anak saya masuk empat bulan emak saya dah sibuk2 suruh campurkan nestum dalam susu yang diberikan kepada anak saya sekurang2nya sehari sekali... atas alasan bayi tu tidak kenyang... sebab tu la dia asyik menangis nak susu je.... Anda pernah alami..?

Kalau ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan bayi tiap2 bulanpn... walaupun mereka mengatakan pemakanan bayi adalah selepas enam bulan, tetapi kalau mase empat bulan tu kite bagitau kite dah campurkan nestum dalam susu bayi untuk bagi bayi makan... Ade dia marah? Paling tidak nasihatnya nak kasi boleh tapi jangan kerap... n campurkan sedikit je.... Aduhai nurse...Ooo nurse...

Alhamdulillah... untuk anak ketiga ni (fathi)... saya tak pernah bagi dia makanan cerial/nestum etc... sejak hari pertama dia kenal makanan... macam dalam entry ini..>>>

Kat sini saya nak kongsi info yang saya baca berkaitan dengan tajuk kat atas tu yang saya petik dari majalah wanita februari 2010.
  
Kajian mendapati amalan popular iaitu memberi bayi makanan pepejal atau jus buah-buahan pada usia terlalu muda (enam minggu hingga tiga bulan) adalah membahayakan bayi.
Makanan pepejal sepatutnya diberikan ketika bayi berusia enam bulan. Pemberian makanan pepejal yang terlalu awal akan membahayakan sistem penghadaman bayi yang belum matang dan boleh menyebabkan alahan.
            Sesetengah ibu bapa selesa memberikan anak mereka makan dengn menggunakan botol susu. Walaupun makanan pertama bayi adalah sangat cair, anda tidak boleh menggunakan botol susu yang dibesarkan lubang putingnya untuk memberinya makan. KENAPA?
            Ia boleh menyebabkan bayi tercekik kerana bayi tidak dapat mengawal makanan tersebut masuk ke dalam mulutnya. Ia juga melambatkan proses bayi belajar menggigit, mengunyah, menelan, menunggu untuk suapan seterusnya dan berhenti apabila kenyang. Ini adalah asas untuk tabiat makanan yang baik. Melambatkan untuk bayi belajar kemahiran yang berkaitan dengan otot-otot lidah seperti kemahiran bertututr.
Jika bayi anda tidak bersedia untuk makan dengan menggunakan sudu, maka dia belum juga bersedia untuk makan makanan pelengkap. Ingat, botol susu hanya untuk susu atau air kosong sahaja, bukan untuk makanan dan bukan juga untuk jus. 

Pss... kengkawang kalau nak cari menu solid food untuk baby....cube la terjah blog ni... Menu yang mudah & cepat...

Ni la gruponye...bubur yang aku masak untuk Fathi...


Sudah nak masuk sebulan Fathi mula kenal solid food... Masa fathi 5 bulan mak aku dh sibuk2 suruh kasi fathi makan.... sebab dia tengok anak aku tu terkulat2 bile tgk orang lain makan... Tapi aku cakap kat mak aku.. sabor le dulu biar fathi 6 bulan baru mula kasi makan....

Masa minggu pertama kasi fathi solid food aku masakkn bubur kosong je dulu... aku masakkn nasi tu betul2 kembang.. sebelum kasi kat dia aku blend dulu bagi halus... takut tecekik pulak dia first time makan...
Reaksi fathi first time makan solid food sungguh teruja...(tapi takde pic. pulak).. dia makan bersungguh2 macam orang kelaparan pun ade..... Aduhai anak seronok mama tgk Fathi makan...

Dah masuk sebulan ni macam2 bahan aku campurkan dalam bubur dia... kadang2 nasi+carrot, nasi+potato, nasi+fish, ayam cingang pn aku dh penah buat....

Dah nak sebulan bagi fathi solid food baru aku teragak nak cari info resepi2... sebab aku rase makanan anak aku macam tak virety pulok..

And aku terjumpa la artikel yang cakap kalau baby dlm umur 6-7bln tak sesuai diperkenalkan dengan kekacang, makanan laut... takut ade alah.... Alhamdulillah...so far fathi takde alahan ape2...

Tapi info yang aku dapat dari blog sarakids ni mmg bagus.... n ingat nak cube campurkan nasi+buah2 pulak la... n jangan lupe campurkan susu ibu dalam nasi... (agak2ny lagi bersemangat le Fathi makan t....)

Nenek kata...dah tak larat nak angkat fathi sekarang....



Pantas sungguh masa berlalu..
fathi 7 month