Showing posts with label Set Kesuburan. Show all posts
Showing posts with label Set Kesuburan. Show all posts
Mungkin jarang antara kita yang pernah mendengar tentang selenium. Ia adalah trace mineral yang amat penting untuk kesihatan. Selenium membantu dalam mencegah kanser.

Di dalam tubuh kita, selenium adalah komponen dalam sejenis enzim yang dipanggil glutathion peroxidase. Enzim ini wujud dalam cecair di dalam dan sekeliling sel dalam tubuh kita. Tugasnya ialah menjaga sel dari dirosakkan oleh oksigen tak lengkap (radikal bebas) yang boleh menjadi punca kanser.

Selenium bekerja bersama-sama dengan Vitamin E yang terletak di dalam selaput sel untuk mempertahankan sel dan tisu badan kita daripada dimusnahkan.
Atas sebab itulah vita-E complex Shaklee (400IU) yang diperbuat daripada sumber semulajadi diperhebat dengan 10mcg selenium bagi melengkapkan fungsi vitamin E. 

Selenium, perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit, namun tidak ada general rule tentang pengambilan selenium. Selenium tidak boleh diambil melebihi 100mcg sehari kerana ia boleh menjadi toksin dalam tubuh. 

Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada laporan tentang keracunan selenium di kalangan manusia, namun kesan selenium berlebihan boleh menyebabkan keguguran rambut dan kuku serta masalah terhadap sistem saraf.

Selenium boleh diambil secara semulajadi dengan memakan makanan laut, organ lembu dan bijirin penuh. Namun masalah tanah pertanian yang mengalami masalah kekurangan nutrisi (dalam tanah) menyebabkan kandungan selenium dalam tumbuhan adalah berbeza-beza. Manakala buah-buahan dan sayuran hanya mengandungi sedikit saja selenium.

Menurut kajian, penduduk di kawasan yang mempunyai tahap selenium yang tinggi dalam air minuman mereka, menjalani hidup yang lebih sihat dengan low cancer rate dilaporkan. Manakala penduduk di kawasan yang mengalami kekurangan selenium, lebih terdedah kepada risiko kanser.
Jadi, pilihlah makanan anda.

Dapatkan Vita-E Complex lengkap dengan selenium.

Lihat kandungan Vitamin E yang anda ambil

Antara khasiat lain yang anda boleh perolehi dari pengambilan Vitamin E

  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara
  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
  • Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
  • Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.


# AMARAN = untuk bacaan mereka yang sudah berkahwin sahaja

Sayangi pasangan anda

Kita sering mendengar tentang ‘ubat kuat untuk lelaki’, dan yang paling selalu disebut ialah Viagra. Viagra dikatakan membantu seorang lelaki mencapai tahap seksual yang memuaskan.
Namun tahukah anda hakikatnya segala yang memberi kebaikan, termasuk dalam perhubungan suami isteri, adalah terkandung dalam zat makanan sehari-hari. Pastinya bukanlah ubat-ubat perangsang yang memberi kesan sampingan kepada kesihatan.

Perkara paling asas dalam menyelesaikan masalah berkaitan biologi ialah dengan mengurangkan kebergantungan kepada bahan yang memberi kesan kepada tubuh. Sebaiknya berusaha dengan bahan-bahan natural, dan seeloknya bahan makanan. Dalam menyelesaikan masalah kelelakian suami, sebenarnya rahsianya terkandung dalam Vitamin E. Malah vitamin E merupakan salah satu bahan (selain bahan2 dari sumber bahan perangsang) dalam Viagra.
Bantuan Vitamin E terhadap masalah kelelakian:
  •    Lebih tenaga (seksual)
  •    Ereksi yang lebih lama
  •    Lebih mudah terangsang
  •    Libido yang lebih kuat
  •    Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat


Vitamin E juga membantu seorang isteri menstabilkan hormonnya sekaligus meningkatkan citarasa seksual.

Mungkin vitamin E boleh diberi jolokan ‘vitamin malam Jumaat’ *hehehe*
Selain itu, Vitamin E merupakan antioksidan yang hebat dan membantu mengelakkan masalah berkaitan kanser prostat, kanser payudara, kanser serviks dan ovari.

Jadikan hubungan anda dengan pasangan lebih meriah tanpa perlu mengambil bahan-bahan terlarang, mahupun diragui. Dapatkan sebotol vitamin E dan amalkannya, mengkut kajian, hasilnya akan dirasai dalam masa satu minggu.


Ingin tahu lebih lanjut tentang Vitamin E Shaklee terjah sini >>> Vitamin E